اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Saturday, January 30, 2010

Saya Kembali...


Salam sahabat2 semua di luar sana.Alhamdulillah saya diberi kekuatan oleh Allah untuk kembali menukilkan sesuatu yang boleh dikongsi demi kebaikan bersama selepas berehat hampir 2 minggu. Bukan mendiamkan diri saja2 tetapi saya berkursus  dan menumpukan sepenuhnya kepada kursus yang saya hadiri. Sangat berkobar2 semangat dalam diri sejak pulang dari kursus tersebut. Saya diasuh untuk memantapkan diri dan bersedia untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Terima kasih kepada penyelia kursus merangkap penceramah kursus tersebut Pak Haji Abu bin Mohammad atas keberkesanan penyampaiannya. tempoh seminggu berkursus bagiku memberi kesan yang sangat mendalam bagiku dalam mendepani cabaran di alam pekerjaanku serta yang lebih besar dari itu iaitu cabaran dalam kehidupanku.

Orang lain boleh memperlekeh sesuka hati tetapi semangatku perlu kuat jika sasaran untuk berubah telah ditetapkan. Tidak perlu lagi merendah diri secara keterlaluan kerana setiap insan dilahirkan dengan kekurangan dan kelebihan. Hidup kena berani berubah.Itu pesan pak Abu pada semua peserta.Charles Darwin pernah berkata  “It is not the strongest species that survive, nor the most intelligent : it is the one most adaptable to change”. jadi apa ditunggu. asalkan perubahan itu demi kebaikan, jangan dilengah-lengahkan.

Bercerita mengenai cabaran pula, kurasa bukan semua makhluk Allah mampu mendepani dan melawan cabaran dan dugaan yang diberi padanya. Aku sendiri tidak pasti sebesar mana cabaran yang bakal ku hadapi di hadapan nanti. Kuat kah aku berdepan dengan setiap ujian yang diberi. jika diimbas ke belakang, diimbas kembali sejarah-sejarah lama, berapa ramai yang hanyut dalam menghadapi arus cabaran yang datang tanpa dirancang. Lihat apa berlaku ketika sedang meletusnya perang UHUD. Peristiwa kekalahan umat Islam di dalam Peperangan Uhud telah memberi banyak hikmah dan pengajaran kepada diri kita. Hal ini disebabkan pelbagai faktor kekalahan yang berlaku adalah berpunca daripada  kecuaian umat Islam sendiri.

Benar semuanya Qada' dan QadarNYA.Tetapi jangan berserah sahaja diri tanpa ada usaha untuk mengubahnya. Allah telah berfirman bahawa “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11. Apa lagi ditunggu. Inisiatif untuk berubah perlu bermula dari diri kita sendiri. kita adalah seperti apa yang kita fikirkan. jangan terlalu memikirkan apa yang kita tidak pasti kita akan capai tetapi fikirkan dan berusahalah untuk mencapai apa yang kita rasa kita boleh capai.

Ok kawan2 semua. setakat ini nukilan saya untuk hari ini. sedang berkemas2 untuk ke kampung menziarahi ibu bapa tercinta. Moga hidup kita semua sentiasa dalam keberkatanNya. Saya akhiri tulisan ini dengan pepatah yang saya dapat dari kursus yang telah saya hadiri dua minggu lepas :

Although Change Is Inevitable, YOU STILL HAVE A CHOICE…
To Approach It Positively  And  Take Charge  Or  Just Be A Victim Of The Continuously Changing Circumstances!

P/S : Harap sangat-sangat perubahan yang ku cuba lakukan bukan bersifat sementara. Amin.....

4 comments:

Maiza said...

saya minat tulisan ini.motivasi untuk saya juga. teruskan usaha anda.cabaran sentiasa berliku. hanya yang tabah mampu hadapinya.chaiyok mrcd.

MRCD said...

Terima kasih. Kalau ada blog, boleh kita share bersama.

Mimiamilia said...

Semoga istiqamah melakukan perubahan...InsyaAllah

MRCD said...

TQ.InsyaAllah.