Agak terlewat untukku ucapi selamat tahun baru kerana telah 5 hari berlalu. Jadi aku rasa tiada keperluan untukku ucapkannya kepada teman-teman. Tiba tahun baru, semuanya ada azam baru, target baru, harapan baru dan semuanya baru. memang beginilah yang berlaku tiapkali tahun baru. kenapa mesti begini? Adalah bagus andai azam , target, harapan dan segala-galanya yang baru itu bisa merubah kita kepada orang baru yang lebih baik. tetapi kebanyakkan dari kita mengungkap segala yang baru ini sekadar ikut-ikutan sahaja. sekadar ucapan dimulut sahaja. sekadar lisan sahaja. tapi pengisian dalam mencapai yang baru ini tiada. malahan kadangkala segala yang baru ini lebih membawa keburukan daripada yang sebelumnya.
kenapa tidak teruskan sahaja segala yang belum dicapai di tahun sebelumnya dan menambahbaiknya pada tahun ini. jadi ianya akan sentiasa berterusan dari tahun ke tahun. Melafazkan, melaksanakan dan segalanya di buat bukan sekadar ikut-ikutan sahaja tetapi perlulah disertakan dengan niat yang baik agar dapat merubah kita menjadi insan yang lebih baik di hari-hari yang mendatang.
Pepatah arab ada menyebut :
Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam,
Rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan
Celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.
P/S : Untung nak banyak tapi usaha kurang. Jadi macam mana?
No comments:
Post a Comment