kerana Dia masih mahu terus mendengar rayuan dan rintihanmu.
Tapi sampai bila?
sampai engkau terima bahawa apa yang diinginkan oleh Tuhan itulah yang terbaik untukmu.
Tapi bukankah aku layak untuk berdoa dan bukankan Tuhan suka hamba-hambaNYA berdoa?
ya tapi berdoa dengan hati yang merendah, yang tahu diri hina dan lemah. kerana yang kuat, yang mampu hanya DIA. Maka padaNYA kita meminta...bukan doa seorang tuan. Ibarat seorang pesuruh istana, tanpa adab sopan, menerjah ke ruang istana, meminta-minta kepada sultan, mungkinkah akan diperkenan?
Tapi aku amat memerlukan, kerana itu aku meminta-minta, merayu-rayu
Berdoalah, merayu-rayulah terus, merintih dan adukanlah segalanya yang menjadi kesulitan hidupmu pada DIA yang Maha Mendengar lagi Maha Tahu. Jadilah seperti pesakit yang mendedahkan segala derita dan penyakitnya kepada doktor. Urusan ubat bukan pesakit yang menentukan tetapi doktor.
Jadi?
Yang kita rasa perlu untuk kita, belum tentu itu yang Tuhan mahu untuk kita. Boleh jadi apa yang kita tidak sukai itulah yang terbaik buat kita. dan boleh jadi pula yang kita sukai itulah yang tidak baik bagi kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih, sedangkan kita maha lemah lagi jahil. Terimalah ketentuan Tuhan itu sebagai sahutan dari munajat dan doamu...
P/S : Berdoa dan terus mengharap padaNYA...terimalah segalanya dengan berlapang dada dan teruslah perbaiki diri dari masa ke semasa menjadi hamba yang semakin patuh pada suruhanNYA.
No comments:
Post a Comment