اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Saturday, January 16, 2010

Sukarnya Memberi dan Menerima Maaf




'Ku Mohon maaf jikaku ada melukakan hati dan perasaanmu'
'Minta maaf jika perbuatanku tadi menyinggung perasaanmu'
'Ampun banyak-banyak atas kekhilafanku tadi'
'maaf ...............................................'
'maaf, maaf,...........................................'
'maaf' maaf, maaf,.....................................'
'maaf,maaf,maaf,maaf,maaf,maaf,maaf,maaf dan maaf'

mudah kan menyebut dan mengeluarkan perkataan maaf jika melakukan sesuatu kesilapan. aku juga begitu. selalu ungkap kata maaf tanpa fikirkan kesan kesilapan yang telah dilakukan. kita manusia biasa. tidak sempurna. kesilapan demi kesilapan memang sentiasa berdamping dengan kita. Namun pernahkah kita terfikir untuk memperbaiki diri agar kesilapan yang dibuat tidak akan berulang. pernahkah kita fikirkan kesilapan yang kita lakukan itu membuatkan orang sekeliling kita merasai kesannya. kesedihan, kemarahan, kekecewaan, kesakitan dan segalanya yang buruk merupakan kesan yang paling nyata kepada orang sekeliling kita atas kesilapan kita. cukupkah kata-kata maaf itu jika ianya sekadar ungkapan yang keluar dari mulut tanpa disertai kekesalan di dalam hati. bagaimana pula dengan penerima maaf..adakah ikhlas kemaafan itu diberi...fikir-fikirkan bersama.

P/S  :  Mengungkap maaf memang mudah tetapi sukar untuk menerimanya.
          Perbaikilah diri agar kesilapan dapat dikurangkan dan ungkapan maaf kurang dikeluarkan...

2 comments:

Mimiamilia said...

tiada suatu kerugian pun yang kita dapat jika memaafkan...

DIA DAN AKU said...

betul tu tetapi ikhlas ke kita memberi maaf..