Orang lain boleh memperlekeh sesuka hati tetapi semangatku perlu kuat jika sasaran untuk berubah telah ditetapkan. Tidak perlu lagi merendah diri secara keterlaluan kerana setiap insan dilahirkan dengan kekurangan dan kelebihan. Hidup kena berani berubah.Itu pesan pak Abu pada semua peserta.Charles Darwin pernah berkata “It is not the strongest species that survive, nor the most intelligent : it is the one most adaptable to change”. jadi apa ditunggu. asalkan perubahan itu demi kebaikan, jangan dilengah-lengahkan.
Bercerita mengenai cabaran pula, kurasa bukan semua makhluk Allah mampu mendepani dan melawan cabaran dan dugaan yang diberi padanya. Aku sendiri tidak pasti sebesar mana cabaran yang bakal ku hadapi di hadapan nanti. Kuat kah aku berdepan dengan setiap ujian yang diberi. jika diimbas ke belakang, diimbas kembali sejarah-sejarah lama, berapa ramai yang hanyut dalam menghadapi arus cabaran yang datang tanpa dirancang. Lihat apa berlaku ketika sedang meletusnya perang UHUD. Peristiwa kekalahan umat Islam di dalam Peperangan Uhud telah memberi banyak hikmah dan pengajaran kepada diri kita. Hal ini disebabkan pelbagai faktor kekalahan yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian umat Islam sendiri.
Benar semuanya Qada' dan QadarNYA.Tetapi jangan berserah sahaja diri tanpa ada usaha untuk mengubahnya. Allah telah berfirman bahawa “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11. Apa lagi ditunggu. Inisiatif untuk berubah perlu bermula dari diri kita sendiri. kita adalah seperti apa yang kita fikirkan. jangan terlalu memikirkan apa yang kita tidak pasti kita akan capai tetapi fikirkan dan berusahalah untuk mencapai apa yang kita rasa kita boleh capai.
Ok kawan2 semua. setakat ini nukilan saya untuk hari ini. sedang berkemas2 untuk ke kampung menziarahi ibu bapa tercinta. Moga hidup kita semua sentiasa dalam keberkatanNya. Saya akhiri tulisan ini dengan pepatah yang saya dapat dari kursus yang telah saya hadiri dua minggu lepas :
Although Change Is Inevitable, YOU STILL HAVE A CHOICE…
To Approach It Positively And Take Charge Or Just Be A Victim Of The Continuously Changing Circumstances!
P/S : Harap sangat-sangat perubahan yang ku cuba lakukan bukan bersifat sementara. Amin.....
4 comments:
saya minat tulisan ini.motivasi untuk saya juga. teruskan usaha anda.cabaran sentiasa berliku. hanya yang tabah mampu hadapinya.chaiyok mrcd.
Terima kasih. Kalau ada blog, boleh kita share bersama.
Semoga istiqamah melakukan perubahan...InsyaAllah
TQ.InsyaAllah.
Post a Comment