اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Saturday, March 20, 2010

Mengajar dari pengajaran


Salam semua. Hampir seminggu tidak menjengah blog kesayangan ini. Rindu pada blog ini. Rindu pada perbincangan ilmiah dengan rakan2 bloggers. Bukan tidak mahu update tapi kurang berkesempatan disamping mengambil masa mengumpul material berkualiti untuk dikongsi. Aku juga bercuti rehat pada minggu lepas..........

Dilahirkan manusia itu tiada yang sempurna namun jangan dijadikan alasan untuk melakukan sesuatu di luar batasan. Jika sedar diri tidak sempurna, ambillah inisiatif  untuk mengurangkan ketidaksempurnaan itu. bukan mengambil jalan pintas yang tidak membawa kemana2. Semalam aku didatangi oleh bosku yang ingin mendapatkan pandanganku berkaitan suatu perkara yang telah mencetuskan kontroversi di pejabatku.

Keputusan yang dibuat bosku hampir menimbulkan ketegangan di pejabat. Inilah hasilnya bila sesuatu keputusan dibuat tanpa musyawarah dan mengikut nafsu semata2. Bila timbul kesan negatif baru terburu-buru meminta pandangan rakan-rakan lain untuk meredakan ketegangan.  Kenapa mesti ego dengan sedikit jawatan yang ada. Kenapa mesti ada lagak dengan kuasa yang ada. Aku ambil jalan selamat untuk tidak berkata apa2. Seorang ketua harus berani mendepani cabaran yang dia sendiri wujudkan. Jadi aku dan 'team'ku hanya melihat sahaja apa akan jadi seterusnya. Jika terlalu 'kronik' dan menyebabkan masalah berlarutan barulah kami akan ikhtiarkan jalan. Bukan membalas dendam tetapi mengajar. Mengajarnya daripada pengajaran...

P/S : Resam alam bekerja. Politiknya juga sehebat politik di malaysia. Moga-moga ku dijauhkan dari perkara-perkara seperti ini semua.

No comments: