اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Tuesday, March 2, 2010

Janji Tuhan Pasti Berlaku


Janji Tuhan Pasti Berlaku
Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal

Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya

Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara

Lagu: Kamal Halim
Lirik: Kamal Halim
Hakcipta: Lambaian Kasih Productions

P/S : Teringat kenangan zaman belajar dulu-dulu bila dengar lagu ni. Peneman semasa bertungkus lumus belajar ketika semua org lain sedang lena dibuai mimpi.Manis sungguh kenangan itu.....

2 comments:

Mimiamilia said...

Kita tak boleh hanya tunggu dan lihat Islam untuk naik kembali....
Kita sendiri patut menjadi tenaga kerja yang menaikkan Islam itu.

Cukupkah hanya menjadi muslim yang baik tanpa menyumbang apa2 untuk mendirikan Islam itu?

MRCD said...

ya...betul tu mimiamilia.
Usaha menaikkan Islam adalah tanggungjawab semua muslim cuma bagaimana usaha itu dilaksanakan bergantung kepada kemampuan seseorang..
Jika ada harta boleh menyumbang dari segi pembangunan..
Jika ada tenaga boleh menyumbang dari segi perlakuan..
Jika ada ilmu boleh menyumbang dari segi pendidikan dan kerohanian...
Begitulah seterusnya...
Pada penghujungnya jika tiada sebarang kemampuan, cukuplh dengan Doa kerana Doa sahajalah senjata terakhir umat islam setelah segala daya usaha dicurahkan..