(Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui).
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau
Sunday, March 28, 2010
Rasai Kehebatan Tuhan
Bila engkau lihat rumah orang besar
Dengan taman - taman bunganya yang indah
Keretanya yang besar menjalar dengan megah
Terus menerpa kedalam fikiranmu
Dan terus terasa di jiwamu
Meluncur ke mulutmu
Hebatnya tuan yang empunya
Tapi aku hairan dengan mu,
Engkau tak terasa kehebatan Tuhan
Padahal Tuhan miliki lebih dari itu
Nasib manusia Tuhan yang menentukan
Dia miliki langit, bumi dan seluruhnya
Dunia dan akhirat Ia yang punya
Manusia dan seluruh makhluk dicipta-Nya
Malam dan siang Tuhan yang mentadbirnya
Setiap saat engkau melihat-Nya
Engkau tidak terasa apa - apa
Engkau pandang bersahaja
Engkau tak terasa maha agungnya
Yang empunya
Tidak engkau kagum dengan Tuhan Pencipta
Mujur rumah besar itu orang yang punya
Kalau engkau yang punya
Tentu engkau kagum dengan diri engkau pula
Bila engkau lihat rumah orang besar
Dengan taman - taman bunganya yang indah
Keretanya yang besar menjalar dengan megah
Terus menerpa kedalam fikiranmu
Dan terus terasa di jiwamu
Meluncur ke mulutmu
Hebatnya tuan yang empunya
Tapi aku hairan dengan mu,
Engkau tak terasa kehebatan Tuhan
Padahal Tuhan miliki lebih dari itu
Nasib manusia Tuhan yang menentukan
Nasib manusia Tuhan yang menentukan
P/S : Tuhanlah segalanya...Kagumlah padaNYA...Rasailah kehebatanNYA
Thursday, March 25, 2010
Kisah & Tauladan (Luqman Al-Hakim Dengan Telatah Manusia)
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.”
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, “Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”
P/S : Pertimbangan Allah adalah segalanya. Tiada guna dipuji manusia andai kejian Allah menanti. fikirkan yang terbaik untuk diri dan tanggungan kita kerana nanti 'di sana' tiada yang boleh membantu melainkan amal yang pernah diperbuat dahulu.
Tuesday, March 23, 2010
Ubat Penyakit Hati (Amalkanlah)
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu. Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.
Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia tidak akan melakukan maksiat terhadap penciptanya. Namun, kita sentiasa tidak menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang menjijikan. Lantas, hasilnya segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki Allah SWT.“
Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.
Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.
Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.
Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”.
Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.
Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.
Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).
Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.(sumber : mindvision)
P/S : Kita terdedah kepada penyakit dan kita didedahkan dengan ubat penyembuhnya. Ubatilah hati kita agar dengannya kita dipermudah mendapat rahmat kasihNYA.
Jenis Penyakit Hati (Beware)
Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang dengan rezeki dan nikmat yang diperolehi oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya dan merosakkkannya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran islam adalah iri hati dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri hati untuk menjadi cerdik agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.
2. Dengki
Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya karena tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.
3. Penghasut
Hasut adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah perpaduan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara sesama.
4. Fitnah
Fitnah lebih kejam dari pembunuhan . Adalah suatu kegiatan memburuk-burukkan, menodai, merusak, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan sehingga dapat berkembang menjadi fitnah yang menglirukan pada orang lain tanpa bukti yang kuat.
5. Buruk Sangka
Buruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.
6. Khianat
Khianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan kepadanya. Khianat biasanya disertai cakap bohong dengan menghamburkan janji palsu. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah berkhianat akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk memegang suatu tanggung jawab di kemudian hari.
P/S : Biar hati disakiti daripada hati dijangkiti penyakit. Bila ada penyakit sudah tentulah ada ubatnya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati kerana mati itu bukanlah penyakit tetapi penamat penyakit. Jika hati berpenyakit cepat-cepatlah ubatinya. Bagaimana mengubatinya? Adakah doktor-doktor pakar mampu menawarkan ubat paling mujarab menyembuh penyakit hati ini? Dimana boleh diperoleh ubat penyakit hati ini? Tunggu post saya yang akan datang untuk mengetahui ubat paling mujarab menyembuh penyakit hati ini.
Saturday, March 20, 2010
Lagu Motivasi Buat Diri (Jangan Menyerah)
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasaNYA
Bagi hambaNYA yang sabar
Dan tak kenal Putus asa
P/S : Walau apapun dugaan yang datang ku takkan menyerah kalah. Tuhan Pasti akan tunjukkan jalan andai ku yakin dan berserah Sepenuh hati padaNYA. Never, never, never give up.
Mengajar dari pengajaran
Dilahirkan manusia itu tiada yang sempurna namun jangan dijadikan alasan untuk melakukan sesuatu di luar batasan. Jika sedar diri tidak sempurna, ambillah inisiatif untuk mengurangkan ketidaksempurnaan itu. bukan mengambil jalan pintas yang tidak membawa kemana2. Semalam aku didatangi oleh bosku yang ingin mendapatkan pandanganku berkaitan suatu perkara yang telah mencetuskan kontroversi di pejabatku.
Keputusan yang dibuat bosku hampir menimbulkan ketegangan di pejabat. Inilah hasilnya bila sesuatu keputusan dibuat tanpa musyawarah dan mengikut nafsu semata2. Bila timbul kesan negatif baru terburu-buru meminta pandangan rakan-rakan lain untuk meredakan ketegangan. Kenapa mesti ego dengan sedikit jawatan yang ada. Kenapa mesti ada lagak dengan kuasa yang ada. Aku ambil jalan selamat untuk tidak berkata apa2. Seorang ketua harus berani mendepani cabaran yang dia sendiri wujudkan. Jadi aku dan 'team'ku hanya melihat sahaja apa akan jadi seterusnya. Jika terlalu 'kronik' dan menyebabkan masalah berlarutan barulah kami akan ikhtiarkan jalan. Bukan membalas dendam tetapi mengajar. Mengajarnya daripada pengajaran...
P/S : Resam alam bekerja. Politiknya juga sehebat politik di malaysia. Moga-moga ku dijauhkan dari perkara-perkara seperti ini semua.
Monday, March 15, 2010
Pada-MU ku bersujud
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
KAU tempatku meminta
KAU beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertakwa
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
P/S : Lirik ini sangat bermakna bagiku. Apa sahaja kesusahan, kemudaratan, kesengsaraan, kesyukuran, kekesalan, kebahagiaan dan segala rasa hendaklah di adu terus padaNYA kerana Dia maha mendengar dan Dia suka rintihan hambaNYA yang menyerah segalanya padaNYA. Tetapi penyerahan padaNYA tidak bermakna sekiranya tidak diseiringkan dengan usaha. Usahalah dahulu dan kemudian bertawakkallah padaNYA......
Tuesday, March 9, 2010
Kisah & Tauladan ( Sombongnya Iblis Laknatullah)
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah.”Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, “Aku membuat apa yang aku kehendaki.” Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai empat sayap, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Apakah yang membuat kamu menangis?” Lalu mereka menjawab, “Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu.” Firman Allah bagi bermaksud, “Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku.”
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, “Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu.” Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum.”
Berkata lagi iblis, “Tambahkanlah lagi untukku.” Allah berfirman yang maksudnya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya.”
Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Lalu Allah berfirman dengan maksud, “Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah.”
Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram.”
“Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka.” (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : “Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan.”
P/S : ketika ini, kita sedang bersaing untuk mendapat yang terbaik sebagai bekalan untuk dibawa ke alam yang kekal selamanya. Siapa yang rajin dan komited dengan tanggungjawabnya, maka kehidupan serba sempurna di syurga sedang menanti. Tetapi sesiapa yang lalai dan hati penuh dengan rasa cinta dunia, itu sebenarnya adalah hasil tipu daya syaitan / iblis laknatullah dan kengerian hidup penuh duka sengsara yang tidak dapat digambarkan sedang menunggu di neraka.
Kenalilah Tuhan Yang Menciptamu
Tuhanmu, seolah-olah Dia, tidak
wujud dalam kehidupan kamu!
Tetapi … jika kamu telah
mengenali-Nya, sedetik pun, kamu
tidak akan rela, dari tidak
mengenang-Nya!”
P/S : Belajarlah mengenal-Nya nescaya kamu akan terasa nikmat-Nya.
Monday, March 8, 2010
10 Sebab Doa Ditolak
1. Kamu mengenal Allah, namun tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak mau mengamalkan isinya.
3. Kamu mengakui bahwa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun dengan suka hati kamu mengikuti jejak dan perintahnya.
4. Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kamu suka meninggalkan ajaran dan sunnahnya.
5. Kamu sangat menginginkan syurga, tapi kamu tak pernah melakukan amalan ahli syurga.
6. Kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kamu dengan senangnya sibuk dengan perbuatan ahli neraka.
7. Kamu mengaku bahwa kematian pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.
8. Kamu sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan kamu sendiri.
9. Kamu setiap hari memakan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukuri nikmat-Nya.
10.Kamu sering menghantar jenazah ke kubur, tapi tidak pernah menyedari bahawa kamu akan mengalami hal yang serupa.”
P/S : ''Jangan salahkan Allah bila doa tak dikabulkan dan jangan pula jemu utk berdoa,'' kata Abdul Qadir-Jailani dalam Mafatih al-Ghaib.
Pesanan Ibrahim Bin Adham
Pertama
Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah, maka jangan engkau makan rezeki Allah!. Lelaki itu meningkah dan berkata" Dari sumber manakah lagi aku hendak makan, sedangkan segala yang ada atas dunia ini ialah rezeki kurniaan Allah " Ibrahim Adham mencelah " Wahai pulan, adakah patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaan Allah, kemudian engkau menderhaka kepadanya!. Tentu tidak" jawabnya.
Kedua
Ibrahim menerangkan lagi: "Bila engku hendak menderhaka kepda Allah, maka janganlah engkau menginap dimana-mana atas dunia ini. Lelaki itu pun berkata: "Ini lebih hebat lagi dari yang pertama". kalau timur, Barat dan antara kedua semuanya adalah kepunyaan Allah, maka dimana pula aku akan tinggal. Ibrahim mencelah: " Hai pulan, adakah engkau patut makan rezeki Allah, tinggal dibumi Allah dan kemudian engkau menderhaka kepadanya." Tidak, jawabnya.
Ketiga
Ibarahim menerangkan lagi: Kalau engkau mahu menderhaka, sedangkan engku makan rezki Allah dan tinggal dibuminya, maka carilah tempat yang berkira-kira dia tidak nampak engkau mencabar perintah Allah. Kalau engku sudah temui, nah engkau lakukan maksiat tersebut." Lelaki itu pun berkata " Hai Ibrahim!. Bagaimana aku dapat berbuat demikian, sedangkan Allah maha mengetahui, malah ia tahu apa yang tersembunyi sekalipun?. "Ibrahim menjawab Hai pulan: Adakah engkau patut makan rezekinya, tinggal dibuminya, menderhaka kepadanya, walhal ia mengetahui hakikatmu dan melihat apa yang engku lakukan secara terang-terang?" Tidak jawabnya, "
Keempat
Apa dia tanya lelaki itu. Jawab Ibrahim " Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawa mu, maka katakan padanya: " Berikan aku tempoh untuk bertaubat Nasuha dan untuk beramal soleh kerana Allah" Takkan dia mahu menurut perintahku" Jawab lelaki itu. Hai pulan " Kata Ibrahim: " Apakah dalam kedaan engkau tidak terdaya menolak maut untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak terdaya menolak maut, untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul, maka dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan Maksiat mu)?" Lelaki itu bertanya lagi:
Kelima
Ibrahim menerangkan: Apabila datang malaikat Zabaniah pada hari Qiamat hendak membawa mu masuk neraka, maka janganlah engkau mahu pergi bersamanya!. "sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku atau menerima permintaan ku: sampuk lelaki itu. Kata Ibrahim " Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?." Lelaki itu pun berkata, Wahai Ibrahim cukuplah, cukuyplah" Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadanya. Lelaki tersebut pun akhirnya ikut beribadah bersama ibrahim hingga mereka dipisahkan oleh ajal masing-masing.
(Dari kitab Tawwabin)
P/S : Pesanan berguna untuk ingatan kita semua.
Kata Hati
Kadangkala kita dihantui keraguan, antara berdosa dan tidak melakukan sesuatu. Dalam keadaan tersebut, Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk meminta pendapat hati. Sebab, menurut Rasulullah, pasti ada perbezaan antara kebaikan dengan kebatilan. Bila itu suatu kebaikan, pasti hati dan jiwa kita akan tenang. Sedangkan perbuatan batil atau berdosa,tentunya jiwa kita akan terganggu dan ragu-ragu, walaupun kadangkala dikatakan betul oleh orang lain.
Demikian jawapan Rasulullah SAW ketika ditanyakan oleh Wabishah bin Ma´bad radhiallhu´anha tentang kebaikan. Jawaban tersebut menggambarkan peranan hati nurani terhadap kelakuan kita. Oleh karena perlu menjaga kesucian hati agar selalu tepat dan benar dalam memberi pertimbangan. Bagi yang berhati bersih, seperti seorang Muslim yang taat, ia akan selalu merasa tenteram dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang baik. Sebaliknya, ia merasa susah, malu, kalau hendak melakukan perbuatan-perbuatan buruk.
Melihat saja suatu perbuatan maksiat, hatinya akan memberontak untuk mencegah sesuai dengan kemampuannya, dengan tangan atau lisan atau dengan hati sesuai dengan sabda Nabi. Jauh sekali untuk ikut sama melakukannya. Orang seperti ini akan merasa tidak selesa sebelum ia melakukan suatu suruhan Allah, dan merasa suatu kelegaan ketika sudah menyempurnakannya. Hatinya sentiasa ingat dan bergantung kepada Allah SWT.
P/S : Pesan Rasulullah : " Dibentangkan fitnah atas hati manusia seperti jalinan tikar, satu demi satu, maka mana-mana hati yang menerimanya akan dititikkan dengan titik hitam. Maka, mana-mana hati yang menolaknya akan dititikkan dengan titik putih, sehingga hati menjadi salah satu dari dua hati tadi. Satu putih melepak seperti batu putih yang tidak dapat dicacati oleh sebarang fitnah, manakala satu lagi adalah hati yang hitam legam yang tidak dapat mengenali sebarang kebaikan dan tidak dapat menolak sebarang kemungkaran."
Tuesday, March 2, 2010
Janji Tuhan Pasti Berlaku
Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal
Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi
Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya
Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela
Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya
Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara
Lagu: Kamal Halim
Lirik: Kamal Halim
Hakcipta: Lambaian Kasih Productions
P/S : Teringat kenangan zaman belajar dulu-dulu bila dengar lagu ni. Peneman semasa bertungkus lumus belajar ketika semua org lain sedang lena dibuai mimpi.Manis sungguh kenangan itu.....
Subscribe to:
Posts (Atom)