اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Saturday, May 22, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan


--> Salam pagi sabtu. Moga semuanya berkeadaan ceria dan gembira menjalani hidup ini. Seawal jam 8 pagi tadi dikejutkan dengan satu sms dari membe opis. Dapat berita kematian ayah kepada seorang staf di pejabat. Innalillah....DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Takziah kepada En. Haidar dan keluarga. Moga tabah medepani ujian berat ini. Mungkin ada kebahagiaan dalam perpisahan ini. Hanya Tuhan yang tahu. Telah lama arwah menderita akibat sakitnya. Redhalah dan teruslah mendoakan rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman di sisiNYA. Sebelum itu sebenarnya saya & kawan2 sepejabat telah menziari arwah pada selasa lepas. Orang kata bila seseorang itu telah hampir ajalnya memang kita akan nampak tanda-tanda awalnya. Tapi bagi saya, itu semua kuasa Allah. Tanda-tanda yang diberikan adalah sebagai peringatan awal untuk kita membersihkan diri luar dan dalam sebelum pergi menghadapNYA. Itupun jika kita sedar.Semoga kita diambil nyawa dalam keadaan Khusnul Khotimah bukan Suul Khotimah. Insaflah bahawa ajal ini datang tidak tertangguh sesaat pun. Ajal datang tidak tertangguh dimana pun berada. Ajal ini datang tepat pada masanya tanpa mengira dimana kita berada, tanpa mengira dimana persediaan kita dan tidak mengira apa-apa pun. Jadi sentiasalah bersedia menghadapinya. En. Haidar, minta maaf tidak dapat hadir majlis pengebumian arwah. Al-Fatihah utuk arwah...

--> Pagi ini bangun tidur dalam mood ceria. plan harini nak kemas rumah, basuh kereta & ke pejabat sebentar untuk settle keje yang x sempat disiapkan semalam. Membe rumah awal-awal lagi dah balik kampung. Hari ini hari untuk berehat-rehatan. jadi bolehlah update blog sambil mencari-cari info-info bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama rakan semua. Petang ni baru balik kampung. Jumpa mak ayah. Inilah rutin mingguanku. Inilah peluangku untuk berbakti pada mak ayah dan ku tak akan lepaskan peluang ini. Ada orang tidak mendapat peluang seperti ini. Tinggal jauh dari ibu bapa dan ada pula yang telah kehilangan ibu bapa. Sayu sangat2 kan. Jadi pada yang ada peluang ini dan masih ada ibu bapa, ambillah peluang berbakti padanya dan menggembirakan hidupnya. Rebutlah peluang ini selagi masih ada. Teringat sabda Nabi S.A.W "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa". Hubungan seorang anak dengan ibu bapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibu bapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.

--> Harini ronda-ronda alam maya (internet) dan terjumpa satu lagu baru yang agak best untuk didengar. Buat hiburan semata-mata. Tajuknya kebahagiaan dalam perpisahan. Dalam konteks lagu ini, ia berkisahkan tentang hubungan yang semakin rapuh antara manusia sesama manusia. kira lagu jiwang2 la juga. Tambah pula lagu ini nyanyian ex-penyanyi nasyid. Suaranya memang sedap didengar. Sebenarnya yang menarik ku untuk mendengar lagu ini adalah kerana tajuknya " KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN". Bagi ku tajuk ini mempunyai pelbagai tafsiran dan jika dikaitkan dengan kehidupan seharian, bolehlah diambil pengajaran darinya. Kebahagiaan dunia akhirat boleh dicapai setelah kita memisahkan perkara2 mungkar dari diri kita. Mungkin sukar untuk dibuat kerana biasanya perkara yang tidak baik ini sangat menyeronokkan untuk dibuat berbanding melakukan perkara yang baik. Kena kuat berusaha agar perpisahan dengan perkara2 mungkar ini dapat dicapai. Dalam post ini, ku sertakan sekali lirik lagu ini nyanyian Shahir AF8....kebahagiaan dalm perpisahan..jiwang & menyentuh perasaan..heheheehhe..

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

P/S : Harap ku kan temuinya. KepadaMu ya Rabb aku berserah. Hidup matiku hanya keranaMu.

10 comments:

Mimiamilia said...

Af dah sampai 8 ker.. bila la AF ni nak tutup kedai...

ermm tergolong dlm golongan ibu bapa jauh..nak berbakti pun dr jauh. Doa yang penting.Ada dalam satu hadis mengatakan, jika kita selalu membaca al quran, ibu bapa kita akn dapt tempias nya iaitu akan dapat mahkota emas yang berkilau2 di akhirat nanti.

Semoga sama2 menjadi anak yang soleh.

MRCD said...

haah..AF dah masuk season 8..minat gak tengok af ni. itulah realitinya..heheeh

Yang penting doa untuk ibu bapa tak tinggal terutamanya dalam 5 waktu solat fardhu. InsyaAllah. Harap2 kita sentiasa diberi kewarasan untuk sentiasa taat dan berbakti pada ibu bapa kita.

Mimiamilia said...

owh.thats the reality... :)

rasa af tu buat budak2 muda sekrang macam takde cita2 lain selain jadi penghibur. af ke, one in million ke malaysian idol ke dan yang seangkatan dgnnya. Sedih dgn org2 muda yang cintakan hedonisme.

btw,Hiburan itu boleh tapi hingga tak melalaikan dr ingat Allah. Dulu pun suka dgr lagu2 and i even have my own lagu2 yang dibuat sendiri. Tapi tu la..i feel empty dan hati rasa mcm tak best. This heart should be always in remembrance of Allah, but we are human sometimes kita lalai. kan?

ops sorry membebel kat sini pulak. sori kalau ada terkasar bahasa dan menyinggung hati...

MRCD said...

mimiamilia, af tu boleh buat diorang kaya.....hadiah je dekat rm 1 juta...tu yang berebut2 diorang masuk...harta dunia..

awak ada cipta lagu? hebat2...boleh la kongsi2 di blog. mesti jiwang2 punya lagu.hehehe..Saya setuju hiburan tak salah asalkan tidak melampau2 batas dan melalaikan diri dari tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Yang penting dalam hidup ni ialah kita kena pandai menyeimbangkan hidup kita untuk keperluan dunia dan akhirat. jangan kejar satu side sahaja. nanti berat sebelah. x balance.

X payah minta maaf. saya lebih suka perbincangan2 & pendapat2 yang dibuat secara ikhlas & terbuka. Perkongsian mcm ini la yang boleh membuka minda & fikiran kita. Bukan sekadar syok sendiri..

Mimiamilia said...

owh cipta lagu tu i mean..i have a lirik, and i've created my own melody without using any musical instruments. It was ermmm 20-15 years ago? zaman sekolah2..hihi no jiwang2 okay!

memang la budak2 tu berebut..kaya dan glamer. Then ramai pulak kan penontonnya.eheh..Ibu bapa pun sibuk galakkan. Pelik, anak terkinja2 okey jer..kalau anak pi usrah tanya macam kat balai polis.

memang kita kena seimbangkan. Tapi kejar dunia maksudnya kejar dunia yang dapat membawa kita kepada akhirat. contohnya, nak bekerja sungguh2..yer kita kejar dunia. Tapi kita bekerja sungguh2 tu kena niat ibadah kepada Allah.Agar hasilnya boleh buat utk teruskankehidupan, membantu org yang susah dan bnyk benda baik yang lain.

Konsep kejar dunia ni kadang2 org ada tersalah. Kadang2 memisahkan antara agama dan kehidupan...

Allahu'alam..

Betul, perbincangan tu best..i wish my blog reader juga berkongsi pendapat..not just read and terima jer apa yg ditulis.

MRCD said...

setuju. kadang2 kejar dunia sampai lupa yang dunia tu cuma sementara sahaja. itu yang tidak betulnya. tapi lumrah la...kekadang bukan nak memisahkan kehidupan dgn agama tetapi bila dah terlalu seronok dengan nikmat dunia, manusia jadi lalai. lupa kepada yang memberi nikmat itu. Kena beringat bahawa nikmat yang diberi tu bukan kekal selamanya.

saya pun harap perkara yang sama. Pengisian bukan sekadar dibaca tetapi jika boleh dibincangkan dan dibetulkan mana yang kurang dalam adalah lebih baik. tapi untuk fakta2 yang memang bersumber dari al-Quran & Hadith, saya x berani mengulas sebab belum cukup ilmu lagi.

Mimiamilia said...

For quran and hadith, mungkin boleh refer rujukan/buku. Quran tu biasanya diulas base on tadabbur..apa yang kita dapat drpd ayat.Reflect semula dalam diri. Bukanlah mentafsir tetapi setiap ayat tu kadang2 penerimaan dan pemahaman setiap org tak sama. Tapi Al quran itu hikmahnya, orang akan dapat apa yang dia nak.Kalau orientalis yang nak jatuhkan islam baca quran, dia akan dapat apa yg dia nak (means dia tafsir in wrong way la) tapi kalau kita nak kebaikan dan nak jadikan peringatan dan muhasabah diri, insyaAllah itu yang kita dapat.

Sebab tu jangan miss pun baca dan tadabbur quran setiap hari. Mesti ada jer benda baru dan peringatan yang kita dapat.Barulah hati tak mati..

MRCD said...

InsyaAllah baca sekurang2 nya semuka sehari tu takkan tinggal. maknanya pun baca cuma kadang2 x berapa faham maknanya kalau baca terus dari terjemahan tu.

btw, tadabbur tu mcm mana?

Mimiamilia said...

tadabbur Quran tu kita baca ayat dan cuba reflect semula dengan berfikir dan merenungi setiap apa yang Allah katakan di dalam quran.

tadabbur alam pula, kita lihat alam, dan berfikir, mengkaji penciptaannya sehingga terbit rasa Keagungan Allah itu..

the key words for tadabbur are merenungi dan berfikir dengan mata hati...

MRCD said...

Oic...Tq atas penerangan.