اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Thursday, May 6, 2010

Di Persempadanan Tiupan Sangkakala

Hidup ini hanyalah sementara
Sampai masanya kan pergi jua
Selagi nyawa masih ada
Teruslah mengabdi diri pada-NYA

Tetapi awas jangan dilupa
Seimbangkan akhirat dan juga dunia
Kerana dunia perantara ke sana
Akhirat pula kekal selamanya

Jangan dikejar akhirat sahaja
Dunia ditinggal tanpa dirasa
Jangan dileka manisnya dunia
Akhirat nanti sendiri merana

Tinggallah dunia kuburlah tempatnya
Tinggallah semuanya keseoranganlah kita
Andai bekalan cukup dibawa
Manisnya hidup di persempadanan tiupan sangkakala

Pesanan ini untuk semua
Sebagai peringatan mencari rahmat-NYA
Kerana bila tiba masanya
Sesalan di sana tiada bermakna

P/S : Sudah lama tidak menulis puisi. Sekarang sedang cuba-cuba untuk menulis semula. Idea datang tiba-tiba. Moga sedikit pesanan ini memberi manfaat untuk kesejahteraan hidup kita semua di dunia dan di akhirat kelak.

4 comments:

beeskul said...

permulaan yang amat baik..moga2 boleh menjadi penulis yang baik suatu hari nanti..

MRCD said...

TQ ija.

Mimiamilia said...

good one.. :)

MRCD said...

tq