اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Thursday, May 13, 2010

4 Perkara yang Lebih Baik Dari Yang Baik

Sebahagian ahli bijak pandai berkata, " Ada empat perkara yang nilainya baik, namun ada empat perkara lain yang nilainya jauh lebih baik lagi, iaitu seperti berikut" :-

1. Adanya rasa malu pada kaum lelaki adalah baik, namun yang lebih baik lagi, bila rasa malu itu ada pada kaum wanita..

2. Adil pada setiap orang itu baik, namun rasa keadilan yang dimiliki oleh pemerintah itu, jauh lebih baik.

3. Taubat seorang tua itu baik, namun yang lebih baik lagi, taubat daripada kaum yang muda.

4. Bermurah hatinya kaum yang kaya itu baik, namun yang lebih baik lagi adalah bermurah hati kaum fakir miskin

P/S : Bila kita rasa kita telah membuat yang terbaik, jangan mudah berpuashati kerana ada lagi yang lebih baik daripada itu yang belum kita buat. Penambahbaikan terhadap diri perlu sentiasa difikirkan untuk menjadi insan terbaik pada pengadilan-NYA.

2 comments:

Mimiamilia said...

Dalam dunia sekarang, perkara yang lebih baik itu semakin hilang...

MRCD said...

Yang lebih baik akan hilang dan diganti dengan yang baik...dan seterusnya yang baik pula akan hilang sedikit demi sedikit dan diganti pula dengan yang kurang baik...begitulah dunia. yang baik selalu sahaja ditutupi dengan keburukan.