اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Saturday, June 27, 2009

KASUT OH KASUT

Semalam ada tugas di ibupejabat (Nusajaya) & Jalan Kebun Teh. memandangkan waktu pagi ada xtvt sukan di pejabat, jadi aku lewatkan sedikit jadual perjalanan ke Nusajaya. Bertolak jam 11 pagi dengan 2 org rakan sekerja dengan harapan dapat sampai sebelum office break tengahhari. Alhamdulillah dapat sampai ke sana jam 12.15 hasil pemanduan yang hebat oleh driver otai kitorang.selesai semua urusan di sana, bertolak pula ke Jalan Kebun Teh untuk satu lagi urusan rasmi. memandangkan hari jumaat, maka atas rasa kewajiban, so berhenti solat dulu di masjid yang aku pun x tau namanya (sebelah balai bomba larkin). Dalam hati memang rasa x sedap sahaja.x tau kenapa.sampai sana, parking kasut, ambil wudhu' dan terus masuk kedalam masjid untuk menunaikan kewajiban.selesai solat, terus kluar & terkejut teramat sgt kerana melihat sepasang kasutku & sepasang stokin yang berada di dalam kasut telah tiada di tempatnya. 2-3 kali tawaf masjid x juga jumpa. dalam hati menyumpah seranah pada yang mengambil kasut aku tu tapi nak buat macam mana, benda dah hilang. sabar jerlah.dengan rasa x malunya, terpaksalah berkaki ayam ke keretasambil digelak oleh membe2 yang x membantu aku langsung (tengah marah ni). Dahla kasut tu ada nostalgianya tersendiri. Bukan cap ayam tapi cap unta. sebabitu jadi rebutan orang. Bila fikir2 smula, x guna nak marah atau sumpah seranah. Dah Qada' Qadarnya mcm tu. tapi yang x seronoknya hilang di persekitaran masjid.Rumah Allah. Aku dapat buat kesimpulan bahawa tak semua orang yang menghadiri rumah Allah ni dengan niat utk beribadah.banyak niat2 lain yang tidak baik rupanya.jadi walau dimana berada, berhati2 agar kamu semua tidak mendapat nasib serupa aku.Petang tu kopak gak la duit aku terpaksa beli kasut baru. beli dekat City square (prima vera). Sib baik akak salesgirl bagi skit diskaun.waaa......bulan ni budget banyak lari. nampaknya kena kurangkan aktiviti di padang golf utk bulan ni. kepada kapten jamal & en Aziz, klu nak ajak aku masuk padang hujung minggu ni, korang kena belanja ok...
p/s: kepada pencuri yang telah kidnap kasut aku, kalau ko membaca blog aku, pulangkanlah kasut aku itu.anda boleh mendapatkan alamat rumahku dengan menghubungiku terlebih dahulu melalui emelku. aku sedia membayar berapa banyak wang yang engkau mahu asalkan aku dapat balik kasut kesayanganku itu (mood sedih & mengharap)...hihihi

No comments: