اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Monday, June 8, 2009

BLACK MONDAY....KERJA....PUNCHKAD

Post kedua ini lebih kepada diari harian.buat masa ini belum ada idea menarik atau artikel nak ditulis.ilham biasa datang selepas solat isya'. balik kepada tajuk, harini hari pertama bekerja dalam minggu kedua bulan jun.walaupun telah lebih 5 tahun bekerja, istilah black monday masih menghantui.itulah masalah utama.nak memulakan hari bekerja memang payah selepas cuti hujung minggu.'lembap' semacam jer.macam tidak cukup zat.lebih-lebih lagi weekend dihabiskan untuk memenuhi 5 majlis jemputan perkahwinan.terpaksa membuat plan terbaik agar tidak terlepas satu majlis pun.bukan sekadar makan free tapi lebih dari itu sebagai memenuhi tuntutan jemputan yang telah dikirim oleh tuan rumah dan mengeratkan lagi silaturrahim. Malam lak baru gerak balik ke rumah.badan telah penat.Then solat isya'. tak sempat mandi dah zzzzzzzz. Bangun pagi masih lagi terasa keletihan tetapi berjaya digagahkan kerana telah set niat dalam hati untuk mencari rezeki. kerja, kerja & kerja. Harini jadi top 5 yang terawal punchkad. wah rupanya bukan aku jer yang anggap harini black monday, tetapi yang lain pun 2 x 5 juga. mcm biasa aktiviti terawal setiap isnin adalah program penghayatan al-Quran. Alhamdulillah dengan bacaan, penghayatan dan doa yang diaminkan tadi, semangat mula naik untuk memulakan hari dengan lebih baik lagi. Keseronokan kerja mula meresap dan hari dapat diakhiri dengan senyuman kepuasan kerana dapat melaksanakan amanah dengan baik. seperti biasa masa berjalan dengan pantas sekali tetapi dalam hati puas kerana black monday dah bertukar kepada busier day. Lari sana sini supervise projek, mengadap bos utk kelulusan design & layan tetamu-tetamu x diundang telah membuatkan 9 jam waktu bertugas berjalan sepantas kilat. sampai masa terus punchkad balik.badan dah letih....zzzzzzzzzzzzzzzz lagi. malam ni kalau ada masa InsyaAllah akan update blog lagi.

No comments: