Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jelas bahawa tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadat kepada- Nya. “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat”(Al Zariyat : 56) Ibadat adalah bukti ketundukan dan kepatuhan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada Tuhannya. Justeru, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya dengan pencipta ataupun dengan masyarakat adalah dianggap ibadat.
Manusia unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik- baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan- tuntutan rohani dan jasmaninya dengan terkawal.Seseorang insan yang berperibadi unggul akan mudah mengatur urusan hidup keluarganya. Ia dapat merencanakan soal pendidikan, ekonomi keluarga dan sara hidup, pergaulan seharian, pembangunan keluarganya dengan tarbiah Islamiah.
Seseorang yang berperibadi unggul dalam keluarga juga akan mengatur kehidupan keluarga mereka berpandukan nilai- nilai murni dan baik. Ia akan bertanggungjawab untuk mempertingkatkan taraf hidup keluarganya dengan mengamalkan sikap bersungguh- sungguh dalam kerjaya. Mereka juga berkeyakinan bahawa kesungguhan bekerja adalah tuntutan agama yang perlu ditunaikan. Dengan demikian juga, ia akan membawa keluarganya keluar dari ruang lingkup kemiskinan yang menjadi salah satu musuh Islam yang boleh membawa kepada kekufuran.
P/S : Que Sera, Sera (Whatever Will Be, Will Be)
No comments:
Post a Comment