اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Thursday, February 25, 2010

Kenali RASULULLAH S.A.W....Manusia Agung

BIODATA ASAS RASULULLAH SAW
•Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
•Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
•Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
•Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
•Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
•Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
•Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
•Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
•Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
•Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
•Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
•Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
•Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
•Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
•Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
•Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
•Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
•Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
•Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
•Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
•Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
•Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
•Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
•Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
•Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
•Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
•Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
•Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
•Khadijah Binti Khuwailid.
•Saudah Binti Zam’ah.
•Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
•Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
•Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
•Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
•Zainab Binti Jahsy.
•Maimunah Binti Harith.
•Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
•Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.Qasim
2.Abdullah
3.Ibrahim
4.Zainab
5.Ruqaiyah
6.Ummi Kalthum
7.Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
•Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
•Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN
1.Thuwaibah Hamzah
2.Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah)

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1.Al-Harith
2.Muqawwam
3.Zubair
4.Hamzah ***
5.Al-Abbas ***
6.Abu Talib
7.Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8.Abdul Ka ‘ bah
9.Hijl
10.Dhirar
11.Umaimah
12.Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.Atiqah ##
14.Arwa ##
15.Umaimah
16.Barrah
17.Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ini :
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia agung
NABI MUHAMMAD S.A.W. secara lahiriahnya, begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
•Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
•Aku melihat cahaya dari lidahnya.
•Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
•Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
•Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
•Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
•Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
•Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
•Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
•Wajahnya seperti bulan purnama.
•Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
•Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
•Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
•Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
•Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
•Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
•Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
•Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
•Janggutnya penuh dan tebal menawan.
•Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
•Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
•Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
•Rambutnya sedikit ikal.
•Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
•Rambutnya terbelah di tengah.
•Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
•Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
•Seimbang antara kedua bahunya.
•Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..
•Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
•Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
•Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
•Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
•Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
•Warna putihnya lebih banyak.
•Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
•Warna kulitnya putih tapi sihat.
•Kulitnya putih lagi bercahaya.
•Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
•Badannya tidak gemuk.
•Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
•Perutnya tidak buncit.
•Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Kita mestilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan contoh ikutan. Banyakkan berselawat ke atas baginda SAW. Semoga baginda memberikan syafa’atnya kepada kita semua di akhirat kelak, insyaAllah
Sumber : How to.

P/S : Kita selalu kata kita umat terpilih. Menjadi Umat akhir zaman dan lebih dari itu menjadi umat Manusia Agung bernama MUHAMMAD S.A.W. Kita senantiasa mengharap Syafaat Nabi S.A.W di akhirat kelak . Namun adakah kita benar-benar kenal dengan Baginda? Mampukah kita turut ajaran yang dibawanya? Bagaimana rasa cinta hendak disemai andai kita tidak kenal. Begitu juga dengan Rasulullah S.A.W. Kita perlu kenali sirah baginda sebelum kita ungkapkan rasa cinta dan kasih sayang padanya. Bersempena Maulidurrasul ini, tambahkan lah lagi kasih sayang kita pada baginda. Moga kita menjadi insan terpilih mendapat syafaat baginda dan meniti laluan ke Syurga dengan mudahnya...Amin Ya Rabb..

Wednesday, February 24, 2010

Tawaran Dari ALLAH


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(Ash-Shaaf:11-12)  

P/S : Lalu apa lagi yang kita cari? Tawaran telah diberi. Godaan dunia juga akhirnya yang  menenggelamkan tawaran yang ESA ini sehingga terjerumus hambaNYA dari laluanNYA.

Friday, February 19, 2010

Buta Mata

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu

Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti
(Lirik lagu buta mata dari kump. nada murni & saff one)

P/S : "mata menganggap hati menimpakan derita
         hatilah yang memaksakan kehendaknya
         namun tubuh menjadi saksi kedustaan mata
         bencana hati memang berasal dari mata
         andaikata tidak kerana mata takkan ada cerita
         hati takkan terkapar menjadi korbannya
         limpa merana sebagai korban teraniaya
         kerana.....
         hati dan mata tidak tunduk pada Pencipta"
Petikan dari dialog mata dan hati yang pernah ku baca. pepatah melayu kata dari mata turun ke hati. Tetapi bagiku pendekatan mencari punca demi punca kepada kesilapan untuk dipertanggungjawabkan adalah sesuatu yang sia-sia. Adalah lebih elok kita mencari penyelesaian dan memperbaiki kesilapan yang pernah diperbuat kerana pada akhirnya penambahbaikan pada diri itulah yang akan menentukan haluan kita. Biar buta mata jangan buta hati..buta mata tidak mengapa, buta hati merana diri...

Thursday, February 18, 2010

Tangisan..


Seorang hamba yang sangat gerun kepada Sang Pencipta Allah SWT pasti mengalirkan airmatanya semasa hayatnya dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan sihat atau sakit.

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. bersabda: "Ada tujuh orang yang akan diberi naungan oleh Allah pada hari Kiamat dalam naungan-Nya pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Imam yang adil, Pemuda yang hidup untuk beribadah kepada Allah, seorang lelaki yang berdzikir (ingat) kepada Allah dalam tempat yang sepi lalu kedua matanya mengeluarkan air (menangis), seorang lelaki yang hatinya senantiasa tertuju kepada Masjid, dua orang lelaki yang saling mencintai karena Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan tinggi dan cantik kepada dirinya (diajak berbuat maksiat) namun ia berkata: "Sesungguhnya saya takut kepada Allah", dan seorang lelaki yang memberikan shodaqah lalu ia merahasiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya".(HR: Bukhari)

Lalu alirkan air mata kita untuk mendapatkan keredhaan Allah. Jangan alirkan air mata hanya untuk mengharap dunia yang sementara ini. Ingatlah mata yang kita miliki juga dari Allah mata sebaiknya lah kita gunakan untuk menunjukkan kita berharap kepada redhanya.
Persoalannya sebanyak manakah sudah kita alirkan air mata untuk mendapatkan redha Allah itu ?

وَيَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعاً

 Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu`.(Al-Israa`:109)

P/S : Sukarnya menitiskan airmata walaupun hati selalu menangis...

Tuesday, February 16, 2010

Selawat Pelindung Diri


Tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah [2x]
wa kulli 'arifin billah
wa ahlillahi ya allah [2x]
ya ALLAH
syumu silhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada [2x]
bihinnas lahu min kulli aza
bi qadrillahi ya allah

 "Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah,Ya Allah.Ya Allah!Dengan perantaraan kaum yang mulia,cahaya hidayah,dengan perantaraan amalan kebaikan mereka,kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu,ya Allah"

Fadhilatnya : Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.


P/S : Kecintaan dan Kerinduan pada Nabi Muhammad S.A.W perlulah kita zahirkan sentiasa. Tidak lama lagi kita akan melewati tanggal keputeraan Baginda..Banyakkan selawat agar kita akan mendapat syafaatnya di akhirat kelak..

Tuesday, February 9, 2010

Peribadi Unggul


Peribadi unggul adalah mereka yang memenuhi ciri- ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak al Qur’an dan al Hadis dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan insan yang berperibadi unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri- ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat fardhu Ain dan fardhu Kifayah dan akhlak yang baik dan mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal soleh.Keimanan kepada Allah SWT adalah paksi pembinaan negara dan ummah. Dengan keimanan yang teguh akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan di dunia dan akhirat.Keimanan tanpa ketaatan melalui pelaksanaan amal ibadat adalah sia- sia.

 Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jelas bahawa tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadat kepada- Nya. “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat”(Al Zariyat : 56) Ibadat adalah bukti ketundukan dan kepatuhan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada Tuhannya. Justeru, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya dengan pencipta ataupun dengan masyarakat adalah dianggap ibadat.

Manusia unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik- baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan- tuntutan rohani dan jasmaninya dengan terkawal.Seseorang insan yang berperibadi unggul akan mudah mengatur urusan hidup keluarganya. Ia dapat merencanakan soal pendidikan, ekonomi keluarga dan sara hidup,  pergaulan seharian, pembangunan keluarganya dengan tarbiah Islamiah.

Seseorang yang berperibadi unggul dalam keluarga juga akan mengatur kehidupan keluarga mereka berpandukan nilai- nilai murni dan baik. Ia akan bertanggungjawab untuk mempertingkatkan taraf hidup keluarganya dengan mengamalkan sikap bersungguh- sungguh dalam kerjaya. Mereka juga berkeyakinan bahawa kesungguhan bekerja adalah tuntutan agama yang perlu ditunaikan. Dengan demikian juga, ia akan membawa keluarganya keluar dari ruang lingkup kemiskinan yang menjadi salah satu musuh Islam yang boleh membawa kepada kekufuran.

P/S : Que Sera, Sera (Whatever Will Be, Will Be) 

Wednesday, February 3, 2010

Di Sekeliling Kita


Sesungguhnya Iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.

Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya.

Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

P/S : Kita pilih dan analisis setiapnya kerana kesan baik buruknya akan kena pada kita..

Tuesday, February 2, 2010

Hakikat Hidup


Belajarlah menerima hakikat kelebihan dan kekurangan seseorang.....ambil kelebihan dan kekurangannya sebagai motivasi memperbaiki diri dalam perjalanan menjadi insan yang lebih baik. Tiada yang sempurna selagi bernama hamba padaNYA.

P/S : Terimalah segalanya dengan berlapang dada. Pasti ada Hikmah tersembunyi disebaliknya.

Hati Yang Tenang...


Salam semua. Alhamdulillah ada lagi ruang dan masa untukku menulis lagi. sejak kebelakangan ini, hati kadangkala jadi tidak keruan. sering fikir perkara2 yang x sepatutnya. kalut sebentar fikiranku. Aku mencari dimana ruang untuk ketenangan hati. Ku cari tempat dimana kecelaruan fikiran dapat diatasi. cari dan terus mencari....Akhirnya ku jumpainya.

Rupa-rupanya aku lalai selama ini. Aku gagal menyeimbangkan keperluan duniawi dan ukhrawi sebaiknya. Ku lupa untuk apa aku dihantar dunia ini. ku jarang mencariNYA ketika keronokkan dunia melingkari hidup. Mata buta dan telinga tuli mengenal mana yang terbaik untuk diikuti.

Tetapi kini aku kembali. Bertatih, merangkak dan mula belajar berjalan kembali ke laluan yang sebenar. kembali padanya mencari sebuah ketenangan hati yang kekal abadi. Ku sedar di akhirnya hati yang kering ini perlu ku bajai agar terus subur dan segar kembali. Mata yang buta dan telinga yang tuli perlukan 'operation' agar dapat kembali melihat haluan sebenar hidup dan mendengar akan nasihat kebaikan.

Dan kini ketenangan hati itu semakin meresap sedikit demi sedikit padaku. Ku sedar hanya hati-hati yang ingat pada PENCIPTANYA akan menjadi tenang. Syukur kini aku dapat membatasi semuanya seadanya. Moga hati ini akan tetap padaMU Ya Rabb....

P/S : Kadangkala kelalaian yang kecil memberi kesan yang besar dalam hidup....