اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Thursday, December 10, 2009

Sasaran Kerja Tahunan


salam..sekarang sedang pening menilai kakitangan sendiri...mana satu perlu di beri cemerlang..mana yang perlu diperbetulkan...mana yang perlu diperbaiki...mana yang perlu dikekalkan...mana yang perlu dibuang....sukarnya nak menilai orang ni...ini baru menilai prestasi kerja...belum lagi menilai hati budi orang...hehe...kadangkala emosi menjadi sebahagian faktor penting dalam menilai sesuatu...walaupun cemerlang selalu tetapi hanya kerana kesilapan kecil jer habis semua kebaikan yang di buat selama ni...jadi sebagai penilai, profesionalisme dalam melaksanakan tugas sangat penting...jangan kerana nila setitik habis susu se belanga....buat yang berprestasi baik, nasihatku agar kekalkan prestasi anda & teruskan penambahbaikan untuk kemajuan diri...tetapi bagi yang kurang bernasib baik, silalah muhasabah diri...adakah gaji bulanan itu satu kepuasan bagi anda tanpa hasil yang setimpal dengan gaji yang diberi? fikirlah sendiri..

P/S : Anda pening atau tidak melihat gambar di atas...Saya jadi pening melihatnya...

4 comments:

joegrimjow said...

ku jadi takoot!

cd said...

nak takut apa...muka mcm manapun dia tetap perempuan...lelaki kena brani..

Mimiamilia said...

salam,
teringat pula hadis nabi menjawab prasangka seorang sahabatnya:
"Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia dan mengorek perut mereka"

Imam Nawawi dan Ibn Hajar menafsirkan bahawa baginda berkata

"Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusan Allah"

Kita memang susah nak menilai hati budi manusia, Allah sahaja yang boleh nilai... :)

cd said...

betul...betul...betul...