Aku akan bercuti dari tugas-tugas rasmi harianku mulai hari ini sehingga hari Selasa ini. Terasa sangat penat dengan tugasan selama ini & perlukan sedikit masa merehatkan minda & fizikal bagi menghadapi cabaran tahun 2010 yang dirasa lebih mencabar. Tugasan terakhirku sebelum bercuti adalah pada pagi tadi. Walaupun cuti umum dan tiada arahan bertugas dari ketua jabatan yang telah menghilangkan diri sejak semalam namun kurasakan tugasan itu sangat penting dalam menjaga imej jabatan tempatku bertugas di mata jabatan-jabatan lain. Tambahan pula ini adalah permintaan dari klien-klien ku dan yang menambahkan lagi keinginanku untuk membantu ialah tugasan tersebut adalah tugasan dalam menyediakan persiapan sempena kedatangan Tengku Mahkota, Raja Muda dan juga Menteri Besar. Alhamdulillah dengan bantuan dua orang anak buah ku, kerja berjaya dilaksanakan dengan sempurna & berharap agar lawatan VVVIP ini pada hari esok berjalan dengan lancar.Terima kasih juga kepada pihak TNB & Pejabat Daerah yang bertungkus lumus dalam membuat persiapan ini. Jumpa Lagi..Salam.
P/S: Jika semua orang istiqamah dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepadanya, pasti tiada masalah yang akan timbul. Yang selalu menimbulkan masalah adalah apabila seseorang itu gagal melaksanakan tugasan seiring dengan jawatan yang disandang dan sering menuding jari kepada orang lain bagi menutup kelemahan diri.
1 comment:
salam kenal.. salam ziarah..
Post a Comment