اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Thursday, December 31, 2009

KAJIAN PAKAR - PISANG




Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mOOd kita.


Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

Friday, December 25, 2009

Cuti Rehat...



Aku akan bercuti dari tugas-tugas rasmi harianku mulai hari ini sehingga hari Selasa ini. Terasa sangat penat dengan tugasan selama ini & perlukan sedikit masa merehatkan minda & fizikal bagi menghadapi cabaran tahun 2010 yang dirasa lebih mencabar. Tugasan terakhirku sebelum bercuti adalah pada pagi tadi. Walaupun cuti umum dan  tiada arahan bertugas dari ketua jabatan yang telah menghilangkan diri sejak semalam namun kurasakan tugasan itu sangat penting dalam menjaga imej jabatan tempatku bertugas di mata jabatan-jabatan lain. Tambahan pula ini adalah permintaan dari klien-klien ku dan  yang menambahkan lagi keinginanku untuk membantu ialah tugasan tersebut adalah tugasan dalam menyediakan persiapan sempena kedatangan Tengku Mahkota, Raja Muda dan juga Menteri Besar. Alhamdulillah dengan bantuan dua orang anak buah ku, kerja berjaya dilaksanakan dengan sempurna & berharap agar lawatan VVVIP ini pada hari esok berjalan dengan lancar.Terima kasih juga kepada pihak TNB & Pejabat Daerah yang bertungkus lumus dalam membuat persiapan ini. Jumpa Lagi..Salam.

P/S: Jika semua orang istiqamah dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepadanya, pasti tiada masalah yang akan timbul. Yang selalu menimbulkan masalah adalah apabila seseorang itu gagal melaksanakan tugasan seiring dengan jawatan yang disandang dan sering menuding jari kepada orang lain bagi menutup kelemahan diri.

Thursday, December 24, 2009

Dust Is My Bed / Farshy Al Turab






Dust is my bed, embraces me and it’s my cover now

The sand surrounds me even behind my back

And the grave tells a dankness of my affliction

And the brightness draws a line……………

Where is my family’s love? They sold my loyalty!

And where is my group of friends? They left my brotherhood!

Where is the bliss of money? It’s behind my back now

And my name (reputation) where is it shine between praises

This is my end and this is my bed

And love farewells its longing and my elegizing cried

And the tears went dry after crying

And the universe became narrow and so is my space

And the grave became my ground and sky

This is my end and this is my bed

Fear fills my estrangement and sadness is my illness

I expect firmness and I swear it’s my cure

And for Allah i pray faithfully, you are my hope

Allah! I desire heaven, to find bliss in it

And for Allah i pray faithfully, you are my hope

Allah! I desire heaven, to find bliss in it

P/S : Tinggi mana pangkat kita
         Banyak mana harta kita
         Hebat mana hujah kita
         Sempurna mana diri kita
         Akhirnya ke mana kita...
        
        

JANGAN BERSEDIH...LAA TAHZAN..



Don't Be Sad ... Laa Tahzan ... Jangan Bersedih ...

Bacalah do'a ketika Anda bersedih ...
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ

بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ

أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ،

أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ،

أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ وَجَلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”
(HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih)

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ


وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”
(HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173)

DOA UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia.” (HR. Al-Bukhari 7/154, Muslim 4/2092)

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ،

وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”
(HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959)
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau.
Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”
(HR. At-Tirmidzi 5/529 dan Al-Hakim. Menurut pendapatnya yang disetujui oleh Adz-Dzahabi: Hadits ini shahih 1/505, lihat Shahih At-Tirmidzi 3/168)

اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئً

“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.”
(HR. Abu Dawud 2/87 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/335)

Sumber : Blog Cina Islam

Wednesday, December 23, 2009

Di Manakah Letaknya Neraka



Tahukah anda di manakh letaknya neraka? Menurut riwayat Abu Hurairah, satu hari datang seorang budak lelaki menanyakan kepada Rasulullah di manakah neraka berada. Maka Rasulullah menjawab 'Tahukah kamu di mana siang berada ketika malam tiba?' Budak itu menjawab siang berada di mana Allah mengkehendakinya. Lalu Rasulullah bersabda , ' Begitu juga dengan neraka, ia berada di mana Allah mengkehendakinya'.

Riwayat tersebut menurut Ibnu Katsir mengandungi dua pengertian :
1) Jika kita tidak dapat menyaksikan di mana malam berada pada waktu siang, bererti kita tidak tahu malam itu tidak berada disuatu tempat. demikian juga dengan neraka, ia berada di tempat yang dikehendaki Allah.
2) Jika siang hari terjadi pada salah satu belahan dunia ini, bererti malam hari berada di dunia yang sebelah lagi. Demikian juga neraka, kerana syurga itu ada, maka kita tidak boleh menafikan adanya neraka dan tentang di manakah tempatnya berada, hanya Allah yang tahu.
* petikan dari majalah al islam januari 2010.

P/S : Kita ada 2 pilihan tetapi perlu memilih salah satu daripadanya sahaja...

Tuesday, December 22, 2009

Kisah & Tauladan ( Pemuda beribu bapakan babi )



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Dipetik dari :   http://idhamlim.blogspot.com/

Sunday, December 20, 2009

Hidup Hanya Sementara



Ungu - Hidup Hanya Sementara


Mungkinkah kita hidup untuk selamanya
Mungkinkah kita mati membawa harta
Mungkinkah kita 'kan jadi penghuni surga
Ataukah kita kekal didalam neraka

Hidup kita bukanlah akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat ajal menjemput kita
Siapkah kita menghadap kepada-Nya

Bergegaslah siapkanlah semua
Waktu kita tinggal sebentar saja
Bergegaslah perbanyak amal ibadah
Hidup di dunia hanyalah sementara

Ketahuilah selama kita hidup didunia
Kerjakanlah segala perintahnya jauhilah larangannya
Mengertilah malaikat tlah datang menjemput kita
Takkan ada lagi kesempatan 'tuk mengucap kata taubat

Bergegaslah
Bertaubatlah
Bergegaslah
Bertaubatlah.. wahai manusia

P/S : TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH




Maal Hijrah 1431

SALAM MAAL HIJRAH. SEMOGA KEDATANGAN TAHUN BARU INI MEMBAWA PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK DALAM HIDUP KITA SEMUA.

'Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah'

Monday, December 14, 2009

Tiga beranak maut kemalangan - Kancil bergesel dengan lori tangki sebelum dirempuh kereta Viva


Keadaan kereta Perodua Kancil yang meragut nyawa tiga beranak di Kilometer 35.6 Jalan Kluang-Ayer Hitam di Johor kelmarin

MELAKA/KLUANG/BATU PAHAT - "Kakak Zarena dan Mohd. Shahrizan tercampak keluar dari kereta manakala abang ipar dan Shahzuan terperangkap dalam kereta yang keempat-empat tayarnya ke atas."


Demikian cerita Zaili Ramli, 32, adik kepada Zarena, 43, yang menyaksikan kemalangan yang meragut nyawa suami Zarena, Sabtu Che Mek, 46, serta dua anak mereka, Mohd. Shahrizan, 16, dan Shahzuan, 13, di Kilometer 35.6, Jalan Kluang, Ayer Hitam, Johor malam kelmarin.

Dalam kemalangan itu, Zarena cedera parah.

Menurut Zaili, ketika kejadian pada pukul 8 malam, kakak, abang ipar serta dua anak mereka dalam perjalanan memindahkan barang-barang rumah dari Melaka ke Kluang, Johor.

Keluarga Zarena akan berpindah ke Kluang, selepas suaminya yang bekerja di Penjara Bandar Hilir, Melaka ditukar bertugas ke Penjara Kluang.

"Kami berkonvoi menaiki tiga buah kereta dari Plaza Tol Ayer Keroh bermula pada pukul 5.40 petang semalam (kelmarin) sebelum tiba di susur keluar Plaza Tol Ayer Hitam pada pukul 7.35 malam," katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Lapan di sini semalam.

Selepas mengisi minyak, mereka meneruskan perjalanan dan kereta Zaili berada di belakang sekali dengan diselangi tiga buah kenderaan lain.

Sebuah lori tangki minyak mengekori kereta Perodua Kancil dipandu Sabtu.


Selepas meneruskan perjalanan kira-kira 10 minit, isteri Zaili, Nur Atirah Wan, 31, menjerit kerana terkejut melihat kereta dipandu Sabtu seolah-olah dilanggar lori tangki minyak tersebut.

P/S : Satu lagi tragedi yang menyayat hati dan tragis. Semakin menjadi tragis apabila aku baru dapat makluman bahawa pemandu Viva itu adalah rakan sekerja ku en Nazri. InsyaAllah jika ada kesempatan dalam waktu terdekat aku akan melawatnya.Dengar cerita kecederaannya juga agak parah dan baru sahaja dikeluarkan dari wad ICU malam tadi..

Mohon PadaNYA Sujud PadaNYA





Duhai insan yang mulia
Ingatlah kepada-Nya
Yang telah memberimu
Nikmat di dunia

Apakah engkau sedar
Pemberian-Nya itu
Penuh mengandung makna
Tidak terkira

Andainya kau mengerti
Bersyukurlah kau sayang
Kerana hidup ini sekelip mata
Berubahlah semuanya seperti kehendak-Nya
Cuma amalan soleh
Melindungimu

Ingatlah rakan ingatlah sayang
Kudratnya Tuhan
Maha Segala
Sucikanlah jiwamu dengan amal & taqwa
Tanpa rasa curiga
Kepada-Nya jua

Tuhan Pengasih
Tuhan Penyayang
Mohonlah kepada-Nya
Sujud Pada-Nya

DOA ORANG YANG TAWADHU'



Ya Tuhan, yang melaksanakan segala hajat
Ya Tuhan, yang menerima segala permintaan
Lemah kami, kuatkanlah
Lalai kami, ingatkanlah
Jahil kami, pandaikanlah
Kotor hati kami, bersihkanlah
Gelap hati kami, terangkanlah
Keras hati kami, lembutkanlah
'Ujub riya' kami, ikhlaskanlah
Takabbur zalim kami, tawadhu'kanlah
Salah kami, maafkanlah
Dosa kami, ampunkanlah
Kejahatan kami, taubatkanlah
Susah kami, angkatkanlah
Sempit kami, lapangkanlah
Sakit kami, sembuhkanlah
Uzur kami, sihatkanlah
Segala urusan kami, permudahkanlah
Segala masalah kami, selesaikanlah.
Kami tiada kaya, hanya Engkau yang maha kaya
Kami tiada kuat, hanya Engkau yang maha kuasa
Kami tiada pandai, hanya Engkau yang maha bijaksana
Kami adalah hambaMu yang lemah
Kami adalah hambaMu yang terlalu banyak salah
Jadikanlah kami hambaMu yang taat
Jadikanlah kami hambaMU yang solih
Jadikanlah kami hambaMU yang taqwa
Jadikanlah kami hambaMU yang bertaubat
Jadikanlah kami hambaMU yang rajin beribadah
Peliharakan kami dari syirik
Peliharakan kami dari murtad
Peliharakan kami dari mengikut kafir
Peliharakan kami dari dosa maksiat
Peliharakan kami dari dunia hingga akhirat
 
P/S : Mohon padaNYA sujud padaNYA...

Saturday, December 12, 2009

DeStInAsI cInTa


DESTINASI CINTA
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

P/S : Cinta yang kekal abadi adalah cinta kepada Allah.

Maut Selepas 4 Jam Bernikah




MAUT SELEPAS 4 JAM BERNIKAH

PADANG BESAR 11 Dis. – Ajal maut dan jodoh pertemuan di tangan tuhan. Itu hakikat yang berlaku kepada seorang pengantin lelaki, Mohd. Ariff Ab. Kadir, 23, yang maut dalam kemalangan jalan raya selepas empat jam bernikah.

Dalam kejadian di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar itu, turut terbunuh ialah bapanya Ab. Kadir Awang, 55, dan ibunya, Apsah Othman, 59, serta jurugambar, Mohd. Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd. Ariff.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika Ab. Kadir yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Melati Indah, Kangar, selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Anak Bukit, Kedah.

Bagaimanapun semasa melalui jalan tersebut, tayar kereta berkenaan dipercayai tiba-tiba meletup mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Kereta itu lalu bertembung dengan sebuah bas pelancong membawa 27 penumpang sehingga terperosok ke bahagian bawah bas.

Akibat kejadian itu, Apsah yang duduk di sebelah Ab. Kadir, manakala, Mohd. Farhan serta Mohd. Ariff di tempat duduk belakang maut di tempat kejadian.

Berikutan itu, polis terpaksa menggunakan khidmat pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan keempat-empat mayat yang tersepit.

Setelah mengetahui kecelakaan itu, pengantin perempuan, Teh Afifah Syahirah, 23, bersama keluarganya bergegas ke bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Mereka bagaimanapun enggan bertemu pemberita.

Difahamkan, kenduri perkahwinan di rumah Ab. Kadir yang bertugas sebagai pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di sini, bagi menyambut menantu akan diadakan di Taman Melati Indah, pada Ahad ini.

Mohd. Ariff, jurutera muda yang baru pulang belajar dari luar negara akan melaporkan diri sebagai pensyarah pengajian kejuruteraan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, di sini, pada 16 Disember ini.

Mohd. Farhan pula adalah anak kepada seorang anggota polis, Koperal Musa Awang yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar.

Musa ketika ditemui di HTF menyatakan, urusan pengebumian anaknya itu akan dibuat malam ini di Tanah Perkuburan Islam Tanjung, Beseri di sini.

Dalam pada itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri sanak saudara, manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja-kerja gotong-royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah, 23, turut dibatalkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan bagaimana kereta yang dipandu oleh Ab. Kadir boleh memasuki lorong bertentangan.



P/S : Daripada NYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali.Aku terkedu sebentar membaca berita ini.Speechless.Ajal maut jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan.kita hanya mampu merancang namun penentu segalanya hanyalah Allah. Dipinjamkan kita ke dunia ini hanya sementara dan segala nikmat yang diberiNYA boleh ditarik sekelip mata. Kegembiraan yang baru sahaja dinikmati boleh ditarik dan tidak semena-mena ditukarganti kehilangan yang berkekalan.Bila Allah kata jadi maka jadilah ia (Kun-Fayakun). lalu disini apa yang sangat penting pada kita adalah redha & sabar dengan ujian yang diberi. Sesungguhnya apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya.Telah ditentukan skrip dan jalan ceritanya begitu. Diuji hambaNya itu untuk dilihat sejauh mana kekuatan Iman yang ada dalam diri hamba-hambaNYA.Memang sangat pedih untuk diterima.Namun inilah hidup.Datang dan pergi bersilih ganti. Gandakanlah Amal selagi Roh masih ingin  melekat dengan jasad kita. jika roh telah meninggalkan jasad kita, tidak akan ada apa lagi yang boleh kita lakukan...Al Fatihah.....

Thursday, December 10, 2009

Sasaran Kerja Tahunan


salam..sekarang sedang pening menilai kakitangan sendiri...mana satu perlu di beri cemerlang..mana yang perlu diperbetulkan...mana yang perlu diperbaiki...mana yang perlu dikekalkan...mana yang perlu dibuang....sukarnya nak menilai orang ni...ini baru menilai prestasi kerja...belum lagi menilai hati budi orang...hehe...kadangkala emosi menjadi sebahagian faktor penting dalam menilai sesuatu...walaupun cemerlang selalu tetapi hanya kerana kesilapan kecil jer habis semua kebaikan yang di buat selama ni...jadi sebagai penilai, profesionalisme dalam melaksanakan tugas sangat penting...jangan kerana nila setitik habis susu se belanga....buat yang berprestasi baik, nasihatku agar kekalkan prestasi anda & teruskan penambahbaikan untuk kemajuan diri...tetapi bagi yang kurang bernasib baik, silalah muhasabah diri...adakah gaji bulanan itu satu kepuasan bagi anda tanpa hasil yang setimpal dengan gaji yang diberi? fikirlah sendiri..

P/S : Anda pening atau tidak melihat gambar di atas...Saya jadi pening melihatnya...

Tuesday, December 8, 2009

Kisah & Tauladan ( Antara Semut & Manusia)



IMAN SEMUT
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Salam & Selamat Pagi Semua

Entry pendek dariku untuk sahabat-sahabat sekelian...Cuma nak ucapkan selamat pagi Selasa & Selamat menunaikan Solat Subuh...

Monday, December 7, 2009

Puisi Sebuah al-Quran




Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah-surahku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....


Saturday, December 5, 2009

Kisah & Tauladan (CrAsH)




semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita yang sungguh dahsyat. cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung. ini cerita benar sekali.....


satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil.tiada apa yang terjadi disana.

dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai. di satu persimpangan susur keluar lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam.

mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. tapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati.

sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya. mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini.

pemandu mpv mewah itu telahpun mati terkulai dikerusi pemandu kerana kecederaan parah dikepala. mpv tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menhimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam duapuluhan. tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain. dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.

lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih didalam kemaluan wanita itu. langsung mereka tidak dapat dipisahkan. lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala. dan sayup-sayup kedengan suaranya memanggil.. mummy....mummy....mummy......tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. mereka mesti melakukanya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

dalam kegelapan malam itu mereka mertungkus lumus membuat apa yang patut. dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. dalam hati ahli bomba itu berkata ' Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikal maut yang dikatakan itu"

mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memanchar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???

Selepas memeriksa dukumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur.........

beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain.

apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. selagi mereka melakukanya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu. apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka.

akan datang apabila kita telah berumur, janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anaku cacat? mengapa aku, anaku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anaku dan ahli keluarga ku?

mengapa aku di tipu?, mengapa aku, anaku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Bertaubat dan kembalilah kejalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia.Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

renungkanlah

P/S : Benar atau tidak kisah ini bukanlah persoalan utama tetapi yang lebih penting iktibar dari kisah ini boleh dijadikan serba sedikit pengajaran bermakna kita. Bila hukum hakam Allah disesuaikan  dengan keperluan nafsu maka bersedialah dengan bala yang dijanjikan. Halal haram yang telah Allah tentukan adalah sempadan dan petunjuk kemana haluan yang kita ingin pergi.....Kemanisan hidup di SYURGA ataupun kesengsaraan hidup di NERAKA...pilihan terletak di tangan kita...baik yang kita pilih baiklah pulangannya tetapi jika sebaliknya, sudah bersediakah kita menerima azabnya?...

Mana Milik Kita.......




Mana milik kita?

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah

Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya


P/S : Lagu yang sangat meruntun qalbu bagi yang memahami apa yang tersirat dan tersurat dari lirik lagu ini....
hitung sahaja...mata...tangan ...kaki...segala pancaindera bahkan seluruh alam ini tiada satupun milik hakcipta kita. Bila ditarik sedikit nikmat yang diberi barukan terasa betapa kerdilnya kita pada kekuasaanNYA. Jangan berbangga dengan rupa paras menawan kerana ia akan pudar dimamah usia...jangan sombong dengan harta yang banyak kerana ia bisa habis sekelip mata...lalu apa yang perlu kita banggakan?...Banggalah kerana kita ini Islam. Bukan Islam sekadar pada nama sahaja tetapi Islam segalanya...