اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Saturday, January 8, 2011

Saya Memilih Isteri Saya Bukan Kerana Ia Muslimah Yang Terbaik......


Minggu ini saya dapat mesej dari seseorang di facebook saya. Bila baca mesej ini, perasaan ingin kahwin membuak-buak. tapi saya boleh kawal lagi. Orang kata jangan gelojoh. Saya sekadar ingin berkongsi dengan semua mesej yang saya dapat ini. harap dapat ilmu dari perkongsian ini yer....

Seronoknya Kahwin : Perkongsian Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

Saya berkahwin akhirnya, dengan muslimah yang paling sesuai dengan saya pastinya. Perkara yang paling menyeronokkan dalam berkahwin ialah dapat berbincang perkara yang bersifat ilmiah dengan isteri. Saya beruntung dapat menjadi menantu sebuah keluarga yang bahagia bagi saya. Ayah mentua baik orangnya, serta mempunyai peribadi dan karismatik tersendiri. Beliau memiliki semangat kepimpinan yang luar biasa.

Saya masih ingat pesan ma, sebelum kami berkahwin, “Ngah akan kawen dengan orang yang ngah sendiri pilih. Jadi ngah kena harungi kehidupan dengan dia dan jangan menyesal.”.Alhamdulillah saya tidak menyesal kerana perkahwinan saya ini mendekatkan diri saya kepada Allah. Saya terasa nikmat berhubung dengan Allah sekarang. Saya ada beberapa target yang mesti saya capai. Antaranya, isteri saya mesti menghabiskan bacaan 30 juzu’ dengan saya. Saya berkira-kira, dalam tempoh dua tahun Insya-Allah akan tamatlah 30 juzu’ itu.

Saya kini berteman ke kuliah-kuliah Maghrib. Sengaja saya membawa isteri bersama agar ia turut mendengar pengisian yang disampaikan saya. Lalu pengisian itu sebenarnya bertujuan untuk mendidik hati saya, isteri dan masyarakat masjid. Jika isteri saya wajib mentaati saya, maka saya wajib berbuat baik kepadanya. Jika isteri wajib berwangi-wangian untuk suami, suami juga wajib berwangi-wangian untuk isteri. Jika isteri tidak boleh meninggikan suara (berkeras) dengan suami, maka suami juga begitu lakunya.

Saya memilih isteri saya sekarang bukan kerana ia muslimah yang terbaik. Dan ia memilih saya bukan kerana saya muslim terbaik. Masing-masing mengakui kelemahan. Cuma kami memilih pasangan hidup yang paling sesuai dengan keadaan diri kami.

Yang paling seronok ialah, saya dapat menjadikan perkahwinan sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Alangkah ruginya perkahwinan kami sekiranya kami sibuk bersama untuk bermesra tetapi perkahwinan kami akan bermakna jika kami bersama untuk mengingati Allah.

P/S : Saya paling terkesan dengan ayat berwarna biru yang saya 'bold' kan dia atas. Setiap orang mengimpikan pasangan yang paling sempurna untuk menemani sepanjang kehidupannya. Tetapi pernahkah kita cuba patahkan semula soal kesempurnaan itu kepada diri kita. jika kita akui kita ada kelemahan , kita juga kena akui pasangan kita juga ada kelemahannya. Tutupilah kekurangan kita dengan kelebihan pasangan kita dan sebaliknya tampallah kelebihan kita disetiap kekurangan pasangan kita. Akurlah yang kesempurnaan itu hanya milik Alllah, Tuhan penguasa sekelian alam..

2 comments:

zaheeyah said...

best ayat2 dia...
salam kenal

MRCD said...

salam kenal juga. Tq.