اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Saturday, January 8, 2011

Mulakan Sekarang.


Salam semua. sangat lama saya tidak menulis di sini. Masa banyak dihabiskan dengan pelbagai aktiviti sehingga terlupa pada blog kesayangan ini. Sekarang saya akan aktifkan kembali blog ini dengan pelbagai pengisian yang saya harap memberi manfaat untuk kita semua InsyaAllah. Sangat pantas masa berlalu. Tahun baru hijrah telah sebulan berlalu. Tahun baru masihi juga sudah seminggu berlalu. Bila datang tahun baru, azam pun baru. Datang tahun baru, perubahan pada umur pasti berlaku. Sudahkah anda tanamkan azam baru. Umur semakin pendek untuk kita capai segala azam yang kita tanamkan itu. Jadi yang terbaik adalah "jangan tunggu lagi". Mulakan langkah dari sekarang. Biarlah mulanya merangkak kelak kita akan berlari di Titian Sirat. InsyaAllah.

Apa pun kebaikan yang kita ingin lakukan mestilah kita mulakannya sekarang. Usah bertangguh. takut tidak sempat untuk kita lakukannya. Di tahun baru ini sahaja saya berhadapan dengan berita2 pemergian rakan2 yang seusia dengan saya. Ajal datang tak mengira usia. jangan tunggu tua baru nak datang padaNYA. Gunakanlah segala kelapangan yang ada untuk kumpul amal kebajikan untuk di buat bekal kembali kepadaNYA. Kita ini manusia biasa. tak lari dari dosa. Tetapi pahala juga tak lari dari kita cuma kita yang malas nak mencarinya. Kalaulah dosa dan pahala itu ditunjukkan dalam bentuk intan permata sudah tentu berebut2 orang membuat kebajikan. Tapi nanti niatnya sudah menyimpang. Buat amal kerana Intan. bukan kerana Tuhan. Fikirkanlah bersama. Sampai sini sahaja untuk entry pertama saya di tahun baru ini. Apa tunggu lagi. Mulakan sekarang.... 

P/S : Sangat bersyukur atas kurniaan Tuhan yang tidak disangka-sangka pada tahun 2010.  Semoga ia akan menjadikan saya lebih dekat padaNYA...TQ juga kepada kak shima.

No comments: