اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Monday, January 31, 2011

Doa Rabitah



Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan makrifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan makrifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…

P/S : Amin Ya Rabbal alamin

Rindu Datang Lagi


salam semua..Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara segar di bumi Allah ini. Masih diberi ruang waktu untuk memperbaiki diri sebelum kembali bertemu Yang Kekal Abadi. Seminggu yang berlalu penuh dengan warna-warni kehidupan. Suka duka kehidupan dilalui dengan penuh sabar walaupun adakalanya hati meronta2 bagai manusia hilang pedoman. Syukur padaNYa  ku masih bertahan walaupun sangat berat menanggung perasaan.

Perasaan yang sukar di buang dari diri ini sejak mula mengenalinya. Semakin dekat waktu untuk halal bersamanya, semakin hati sebak mengenang jarak jauh yang membuahkan rindu tak terkata padanya. Sukar mengurus rasa rindu ini kerna datangya tiba2 tanpa mengenal masa. Seminggu yang berlalu, ku dapat menyaksikan penderitaannya berhadapan kesakitan membuatku bertambah2 rindu bila berjauhan darinya. Terserlah naluri kewanitaannya yang penuh sopan lagi berhikmah bila berhadapanku. Terserlah sikap tanggungjawabnya walaupun sedang dalam kesakitan. Sungguh perasaan ini membuatku rasa hidupku semakin terisi sejak hadirnya dia. Semoga rasa rindu ini tidak akan pernah terpadam dalam kamus hidupku untuk berhadapan hari-hari mendatang bersamanya.

Ku sentiasa memohon pada Yang Maha Mencipta semoga rinduku ini tidak memesongkan arah haluanku dari mengingatiNYA. Tidak membuatku tergelincir dari landasan agama yang dibawa KekasihNYA . Tidak membuatku hanyut dari lautan rahmat kasihNYA. Semoga rasa rindu ini menambahkan kekuatanku untuk terus mengerah seluruh daya upayaku untuk mendapatkan maghfirahMU. Semoga rasa rindu ini menjadi  penyebab untuk menambah rasa kerinduan tak terucap padaMu YaRabb. Sungguh aku telah jatuh hati padanya. Riduku padanya datang lagi....kali ini biarlah ku simpan perasaan ini sehingga sampai dihalalkan dia bagiku. Moga manis & peritnya rindu ini mendapat berkat dariNYA. Amin ya Rabbal alamin.

P/S : Untukmu kekasih hati, sabar la dengan dugaan yang datang. semoga cepat sembuh. Rehat cukup2. Redha dan sabar dengan ujian yang diberi. Semoga sakit yang datang menggugurkan dosa2 umpama daun2 yang gugur dari pohon

Friday, January 14, 2011

Untukmu Wanita....Kepadamu Lelaki....



Menutup Aurat Itu Seksi

Apabila menyebut tentang menutup aurat, maka si penyebut biasa dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya. Ia seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja seolah-olah menyebut tentang sesuatu yang diajar didalam agama itu milik orang alim dan bukannya orang Islam.

Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan dalam kebanyakan artikel dan penulisan seluruh dunia. Menyebut tentang aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan baginya. Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang.

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi?

Disinilah ingin saya sampaikan satu skop pandangan seksi terhadap mereka yang menutup aurat dan sebenarnya seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.

Didalam kajian psikologi, lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi sedemikian?

Ini adalah kerana sesuatu yang sukar dilihat,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga. Kerana itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia. Tetapi selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian.

Cuba kita singkap betapa komuniti yang sudah tegar dan agak biasa dengan situasi wanita yang membuka aurat menganggap wanita muslim mempunyai aset yang bernilai kerana menyimpan keindahan kecantikan fizikalnya hanya kepada yang berhak.

Ia sebenarnya adalah konsep nilai yang ada pada amalan itu sehingga amalan menutup aurat yang samasekali berlawanan dengan seksi itu, dianggap seksi pada kelasnya yang tersendiri.

Lelaki barat atau bukan Islam sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam. Mereka punyai nafsu dan perasaan. Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya.

Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya.

Sedar atau tidak, seksi yang ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik perhatian berasaskan nafsu. Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya.

Tiada bezanya tentang perempuan yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal. Mereka tetap berambut, bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya. Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat. Tetapi nilai itu yang membezakan mereka. Menutup aurat memang susah dan bukannya perkara mudah. Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian. Kerana itulah melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah. Kerana itulah juga wanita menutup aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian, tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain.

Allah itu Maha Bijaksana. Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang.

Berkasih-kasihan adalah perkara yang datang dengan tanggungjawab. Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama, maka umpan itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab menjaga maruah dan kecantikan keluarga.

Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. Soal sikap adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat. Itu adalah hakikat yang benar.

Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk. Itu adalah soal hati. Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap.

Sepertimana makanan yang terhidang di atas meja tidak bertudung saji, ada kemungkinan lalat datang menyinggah. Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat. Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan kepada orang untuk menjamahnya.

Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.

Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.

Sumber : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1318-menutup-aurat-itu-seksi-.html

P/S : Jagalah auratmu sebaiknya. Tutupilah ia dari sesiapa sahaja yang tidak layak melihatnya.

Wednesday, January 12, 2011

Derap-Derap Tasbih


Rabbi....
Jika cintaku KAU ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya
Teguhkan imannya
Sucikan cintanya
Lembutkan rindunya

Rabbi....
Jika hatiku kau ciptakan untuk dia
Penuhi hatinya dengan kasih-MU
Terangi langkahnya dengan Nur-MU
Bisikkan kedamaian dalam kerisauan
Temani dia dalam kesepian

Rabbi....
Ku titipkan cintaku pada-MU untuknya
Resapkanlah rinduku pada rindunya
mekarkan cintaku bersama cintanya
Satukan hidupku dan hidupnya
dalam cinta-MU
Kerana aku sungguh mencintainya kerana-MU
......fatih......

P/S :  Petikan puisi yang menyentuh dari novel derap-derap tasbih. sedang dalam proses menghabiskan bacaan novel ini. Sebuah novel inspirasi antara Iman, Cinta dan Tradisi. Tidak terasa rugi membeli & membaca novel ini.

Air Mata Keinsafan



Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi

P/S : Mari cepat kita kembali PADANYA. Bagaimana nanti bila hati kita telah dikunci dari menerima hidayah DARINYA? Adakah jalan alternatif untuk dapatkannya?

Saturday, January 8, 2011

Saya Memilih Isteri Saya Bukan Kerana Ia Muslimah Yang Terbaik......


Minggu ini saya dapat mesej dari seseorang di facebook saya. Bila baca mesej ini, perasaan ingin kahwin membuak-buak. tapi saya boleh kawal lagi. Orang kata jangan gelojoh. Saya sekadar ingin berkongsi dengan semua mesej yang saya dapat ini. harap dapat ilmu dari perkongsian ini yer....

Seronoknya Kahwin : Perkongsian Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

Saya berkahwin akhirnya, dengan muslimah yang paling sesuai dengan saya pastinya. Perkara yang paling menyeronokkan dalam berkahwin ialah dapat berbincang perkara yang bersifat ilmiah dengan isteri. Saya beruntung dapat menjadi menantu sebuah keluarga yang bahagia bagi saya. Ayah mentua baik orangnya, serta mempunyai peribadi dan karismatik tersendiri. Beliau memiliki semangat kepimpinan yang luar biasa.

Saya masih ingat pesan ma, sebelum kami berkahwin, “Ngah akan kawen dengan orang yang ngah sendiri pilih. Jadi ngah kena harungi kehidupan dengan dia dan jangan menyesal.”.Alhamdulillah saya tidak menyesal kerana perkahwinan saya ini mendekatkan diri saya kepada Allah. Saya terasa nikmat berhubung dengan Allah sekarang. Saya ada beberapa target yang mesti saya capai. Antaranya, isteri saya mesti menghabiskan bacaan 30 juzu’ dengan saya. Saya berkira-kira, dalam tempoh dua tahun Insya-Allah akan tamatlah 30 juzu’ itu.

Saya kini berteman ke kuliah-kuliah Maghrib. Sengaja saya membawa isteri bersama agar ia turut mendengar pengisian yang disampaikan saya. Lalu pengisian itu sebenarnya bertujuan untuk mendidik hati saya, isteri dan masyarakat masjid. Jika isteri saya wajib mentaati saya, maka saya wajib berbuat baik kepadanya. Jika isteri wajib berwangi-wangian untuk suami, suami juga wajib berwangi-wangian untuk isteri. Jika isteri tidak boleh meninggikan suara (berkeras) dengan suami, maka suami juga begitu lakunya.

Saya memilih isteri saya sekarang bukan kerana ia muslimah yang terbaik. Dan ia memilih saya bukan kerana saya muslim terbaik. Masing-masing mengakui kelemahan. Cuma kami memilih pasangan hidup yang paling sesuai dengan keadaan diri kami.

Yang paling seronok ialah, saya dapat menjadikan perkahwinan sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Alangkah ruginya perkahwinan kami sekiranya kami sibuk bersama untuk bermesra tetapi perkahwinan kami akan bermakna jika kami bersama untuk mengingati Allah.

P/S : Saya paling terkesan dengan ayat berwarna biru yang saya 'bold' kan dia atas. Setiap orang mengimpikan pasangan yang paling sempurna untuk menemani sepanjang kehidupannya. Tetapi pernahkah kita cuba patahkan semula soal kesempurnaan itu kepada diri kita. jika kita akui kita ada kelemahan , kita juga kena akui pasangan kita juga ada kelemahannya. Tutupilah kekurangan kita dengan kelebihan pasangan kita dan sebaliknya tampallah kelebihan kita disetiap kekurangan pasangan kita. Akurlah yang kesempurnaan itu hanya milik Alllah, Tuhan penguasa sekelian alam..

Mulakan Sekarang.


Salam semua. sangat lama saya tidak menulis di sini. Masa banyak dihabiskan dengan pelbagai aktiviti sehingga terlupa pada blog kesayangan ini. Sekarang saya akan aktifkan kembali blog ini dengan pelbagai pengisian yang saya harap memberi manfaat untuk kita semua InsyaAllah. Sangat pantas masa berlalu. Tahun baru hijrah telah sebulan berlalu. Tahun baru masihi juga sudah seminggu berlalu. Bila datang tahun baru, azam pun baru. Datang tahun baru, perubahan pada umur pasti berlaku. Sudahkah anda tanamkan azam baru. Umur semakin pendek untuk kita capai segala azam yang kita tanamkan itu. Jadi yang terbaik adalah "jangan tunggu lagi". Mulakan langkah dari sekarang. Biarlah mulanya merangkak kelak kita akan berlari di Titian Sirat. InsyaAllah.

Apa pun kebaikan yang kita ingin lakukan mestilah kita mulakannya sekarang. Usah bertangguh. takut tidak sempat untuk kita lakukannya. Di tahun baru ini sahaja saya berhadapan dengan berita2 pemergian rakan2 yang seusia dengan saya. Ajal datang tak mengira usia. jangan tunggu tua baru nak datang padaNYA. Gunakanlah segala kelapangan yang ada untuk kumpul amal kebajikan untuk di buat bekal kembali kepadaNYA. Kita ini manusia biasa. tak lari dari dosa. Tetapi pahala juga tak lari dari kita cuma kita yang malas nak mencarinya. Kalaulah dosa dan pahala itu ditunjukkan dalam bentuk intan permata sudah tentu berebut2 orang membuat kebajikan. Tapi nanti niatnya sudah menyimpang. Buat amal kerana Intan. bukan kerana Tuhan. Fikirkanlah bersama. Sampai sini sahaja untuk entry pertama saya di tahun baru ini. Apa tunggu lagi. Mulakan sekarang.... 

P/S : Sangat bersyukur atas kurniaan Tuhan yang tidak disangka-sangka pada tahun 2010.  Semoga ia akan menjadikan saya lebih dekat padaNYA...TQ juga kepada kak shima.