Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku... http://asrirabbani.blogspot.com/
Petikan kata-kata diatas aku ambil dari blog arwah ustaz Asri. Memang sangat jelas bahawa apa yang dicarinya selama ini adalah syurga akhirat dan jelas terserlah dengan apa yang telah Arwah lakukan sepanjang hayatnya. Hayatnya tidak panjang tetapi apa yang dilakukannya sebelum ini pasti sedikit sebanyak meninggalkan kesan dan akibat yang berpanjangan bukan sahaja terhadap Arwah dan keluarganya tetapi terhadap kita semua yang mengenalinya samada secara langsung atau tidak. Orang sebeginilah yang perlu kita angkat martabatnya kerana perjuangannya bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi secara tidak langsung apa yang dibawanya mampu melorongkankan yang lain agar kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenarnya. Semoga apa yang Arwah impikan selama ini dimakbulkan oleh Allah kerana hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Aku tidak pernah menitiskan air mata selama ini atas kehilangan insan yang sedikitpun aku tidak pernah kenal tetapi pemergian Arwah Asri memang sangat memberi kesan kepada aku dan pertama kalinya air mata gugur ketika mendengar kembali ajakan-ajakan Ustaz melalui lagu-lagunya yang sememangnya mempunyai maksud yang mendalam. Bagiku pemergiannya tiada pengganti. Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang berimah dan Syurgalah tempatnya seperti yang diidamkan oleh semua yang mengakui akan adanya Syurga Akhirat itu.
Kehadiran Ramadhan dan seterusnya Syawal nanti lebih mengesankan hati tatkala mendengar kembali lagu-lagu ustaz kerana sejak tahun-tahun kebelakangan ini, aku banyak memainkan lagu-lagu ramadhan dan syawal dendangan ustaz. Aku tak mau bercerita panjang lebar lagi kerana dah tak tertahan air mata nak mengalir. Akhirnya, aku doakan agar Roh Arwah sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah. Al-Fatihah......
No comments:
Post a Comment