اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan paling mulia, bulan ramadhan kepada semua pembaca blog ini. moga segala amalan yang akan dilakukan mendapat balasan setimpal dari yang Maha Kuasa.Amin...

Wednesday, August 19, 2009

USTAZ ASRI , KEHILANGAN YANG TIADA GALANG GANTINYA

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku... http://asrirabbani.blogspot.com/
Petikan kata-kata diatas aku ambil dari blog arwah ustaz Asri. Memang sangat jelas bahawa apa yang dicarinya selama ini adalah syurga akhirat dan jelas terserlah dengan apa yang telah Arwah lakukan sepanjang hayatnya. Hayatnya tidak panjang tetapi apa yang dilakukannya sebelum ini pasti sedikit sebanyak meninggalkan kesan dan akibat yang berpanjangan bukan sahaja terhadap Arwah dan keluarganya tetapi terhadap kita semua yang mengenalinya samada secara langsung atau tidak. Orang sebeginilah yang perlu kita angkat martabatnya kerana perjuangannya bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi secara tidak langsung apa yang dibawanya mampu melorongkankan yang lain agar kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenarnya. Semoga apa yang Arwah impikan selama ini dimakbulkan oleh Allah kerana hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Aku tidak pernah menitiskan air mata selama ini atas kehilangan insan yang sedikitpun aku tidak pernah kenal tetapi pemergian Arwah Asri memang sangat memberi kesan kepada aku dan pertama kalinya air mata gugur ketika mendengar kembali ajakan-ajakan Ustaz melalui lagu-lagunya yang sememangnya mempunyai maksud yang mendalam. Bagiku pemergiannya tiada pengganti. Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang berimah dan Syurgalah tempatnya seperti yang diidamkan oleh semua yang mengakui akan adanya Syurga Akhirat itu.
Kehadiran Ramadhan dan seterusnya Syawal nanti lebih mengesankan hati tatkala mendengar kembali lagu-lagu ustaz kerana sejak tahun-tahun kebelakangan ini, aku banyak memainkan lagu-lagu ramadhan dan syawal dendangan ustaz. Aku tak mau bercerita panjang lebar lagi kerana dah tak tertahan air mata nak mengalir. Akhirnya, aku doakan agar Roh Arwah sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah. Al-Fatihah......

SIBUK / BUSY

Agak lama aku tak menulis di sini. bukan kerana melupakan blog kesayangan ini tetapi dalam tempoh sebulan ini, banyak sangat perkara yang diluar kawalan datang.Baru sekarang ada kelapangan untuk kembali aktif menulis di sini. Apa yang pasti, dalam tempoh sebulan ni aku sangat2 sibuk. Aku akan bercerita satu demi satu perkara yang menyebabkan kesibukan melampau dalam hidup aku ni dalam post-post seterusnya. Tetapi sebagai pemulanya, aku ringkaskan dahulu sebelum aku bercerita secara lanjut dalam post akan datang. Antaranya adalah :
1) Menghadiri bengkel teguran audit dalam di hotel grand continental Langkawi
2) Menjadi peserta dalam konvensyen KMK peringkat sektor awam negeri Johor di Pulai Springs Resort, Johor
3) Menyertai karnival sukan (badminton) antara seksyen peringkat Jabatan di kluang, johor
4) Menerima kehadiran bos baru di pejabat
5) Menghadiri taklimat espkb di kuala lumpur
6) Lawatan teknikal ke kilang Goucera di Kluang ( sempena lawatan kerja rakan sejabatan dari
Johor Baharu)
Memang sangat padat. tetapi sebelum aku pergi kepada aktiviti-aktiviti tersebut, aku nak bercerita dahulu berkaitan kehilangan seseorang yang sangat-sangat mengesankan hatiku. Aku sangat terkesan dengan kehilangan arwah. walaupun arwah tidak pernah kenal aku(pernah jumpa di Shah Alam), tetapi kehilangannya sangat terasa kerana aku membesar dengan lagu-lagunya, dakwah-dakwahnya, suaranya yang menggetarkan bisa meruntun hati sesiapa sahaja. lebih-lebih lagi, aku sangat rindu kepada alunan kalimah-kalimah Allah yang keluar dari mulutnya. Siapa lagi kalau bukan Allahyarham Asri (kumpulan Rabbani). Sayu hati mengenangkannya...