اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Friday, June 4, 2010

Berhati-hatilah Dengan Solatmu


•“Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”
“Sudah, Alhamdulillah.

•Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”
“Ya.”

•Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”
“Tidak..”

•“Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan Allah?”
“Tidak..”

•“Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
“….”

•“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
“Tidak..”

•“Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?”
“Tidak..”

•“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
“….”

•“Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului imam?”
“Ya.”

•“Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?”
“Tidak..”

•"Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.”
“…”

•“Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?”
“Tidak..”

•“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?”
“Tidak..”

•“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”. Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman:
‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’ (Al-Ma’un”: Ayat 4-5)
“Astaghfirullahal azim…Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu.”
(Anis 2002)

P/S :  Check balik solat kita adakah benar2 kita ikhlas atau sekadar melepas batuk di tangga.

Thursday, June 3, 2010

Kembali Pada Tuhan ( Jalaluddin Rumi )

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan,
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima mata wang palsumu,

Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya.

Wahai pejalan,
biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang dan datanglah lagi.

Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa ataupun terpuruk ke dalam jurang, ingatlah kepadaKu, kerana Akulah jalan itu.”

P/S : kembalilah padaNYA nescaya kau akan dapat maghfirahNYA.

Sajak Asy Syahid Sayyid Qutb


Sahabat,
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang sudah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini
Dan ...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Allah
Terhampar menanti
Burung burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku disana

Sahabat,
Puaka kegelapan pasti kan lebur
Fajar kan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana ... cahaya fajar memancar

Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim
Isnin 13 Jumadil Awal 1386

P/S :  Ya Allah kuatkanlah aku untuk terus berjuang di jalanMu dalam apa juga keadaan.

Wednesday, June 2, 2010

Palestin......sampai bila


Sangat sedih mengenangkan saudara-saudara kita di bumi anbia di sana apabila mereka disembelih sesuka hati tanpa sebarang rasa kemanusiaan & kebinatangan oleh zionis yahudi yang terlaknat. kenapa kebinatangan? kerana masih ada spesis-spesis binatang yang mengenal erti timbang rasa tapi dalam kes ini, yahudi laknatULLAH lebih hina dari binatang.Lalu apa yang boleh kita buat....jika di zaman nabi dulu, berlumba-lumba muslimin berebut untuk syahid tetapi apa yang berlaku sekarang 360 darjah berubah. Sebaliknya bantuan tidak langsung diberikan kepada yahudi LaknatULLAH dari kerajaan yang pernah buminya didiami oleh Nabi Musa A/S. jadi apa lagi yang boleh diharap dari umat islam sekelilingnya...demonstrasi! sampai bila ingin berdemonstrasi.bukan tidak setuju. Ini adalah salah satu cara meluahkan rasa amarah dan sakit hati  tetapi apakah luahan rasa sakit hati kita sebagai umat islam dengan cara demonstrasi ini akan mengubat kelukaan dan kesengsaraan saudara-saudara kita di sana.nah...inilah masanya untuk kita bersatu dengan kaedah yang lebih efisien.....salah satunya seperti yang disyorkan mantan perdana menteri kita iaitu dengan memboikot barangan bahkan matawang zionis & sekutunya.seterusnya daripada kita berdemonstrasi di jalan-jalan dan lorong-lorong utama hingga menyebabkan kesesakan, adalah lebih baik kita berkumpul di tempat ibadat kita sebagai seorang muslim iaitu masjid dan surau, kita adakan solat hajat dan berdoa untuk kesejahteraan saudara kita di sana.Ini adalah lebih baik.bukankah doa itu adalah senjata yang paling ampuh untuk kita sebagai umat Muhammad S.A.W. dan bagi yang lebih berkemampuan, mungkin boleh membantu dengan harta yang ada.memang sangat menyebakkan hati dan perasaan dengan kekejaman ini tetapi ingatlah akan janji Allah...akan tiba suatu hari nanti kemenangan bagi orang Islam. Bila dan bagaimana hanya Allah sahaja yang tau kerana sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.

P/S : Sakit hati dengan Israel tetapi dalam masa yang sama sangat irihati dan cemburu dengan warga palestin yang Syahid....

Sunday, May 30, 2010

Your Life Your Choice



Pusing-pusing di youtube & terjumpa video ini. Sangat menyentuh. Pilihan terletak di tangan kita. Jika jalan lurus yang dipilih, bahagialah di alam sana kelak. Jika jalan singkat yang dipilih, bersedialah dengan segala kemungkinan di alam sana kelak. Jika jalan berliku dipilih, bersedialah juga dengan segala kemungkinan yang hanya tuhan saja yang tahu.

P/S : Pilihlah jalan yang membawa kebaikan untuk hidup di dunia dan akhirat nanti.

Thursday, May 27, 2010

Kajian Pakar ( Rahsia Solat Di Awal Waktu )

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

P/S : Setiap suruhanNYA pasti ada hikmah yang tersendiri. Jadi sebagai hambaNYA, patuh lah dan turuti segala suruhanNYA dan jauhi laranganNYA. Pasti selamat dunia akhirat.

Asal Kejadian

Pada suatu ketika Allah s.w.t. menitahkan Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Namun ketika tiba di bumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah, demi Allah ia tidak akan rela sebahagian tanahnya dijadikan Adam. Kerana ia bimbang kelak Adam akan berbuat maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpahnya bumi. Kemudian Allah menitahkan malaikat Mikail turun pula ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi seperti apa yang dikatakan kepada Jibril, Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa, kembali ke hadrat Allah dengan tangan hampa.

Akhir sekali Allah menyuruh Malaikat Izra'il turun ke bumi untuk mengambil tanah. Kata Allah: "Hai Izra'il engkau kini Aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun, jangan engkau undur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas nama-Ku."

Setelah Izra'il tiba di atas bumi, dia berkata: "Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantah atas pekerjaanku ini, bererti engkau membantah perintah Allah dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang durhaka kepada Allah, bukan?".

Mendengar perkataan Izra'il, maka bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izra'il mengambil tanahnya dengan tidak banyak reaksi. Setelah Izra'il mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Illahi.

Kata Allah: "Ya Izra'il, pertama engkau yang Aku tugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut roh manusia."

"Jika demikian hamba bimbang yang hamba ini akan jadi dibenci anak Adam kerana pekerjaan hamba ini," kata Izra'il.

"Tidak," jawab Allah: "Tidak mereka akan memusuhi engkau. Aku yang mengaturnya. Lalu Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka. Sebab terbunuh, sebab terbakar, sebab sakit dan sebagainya."

Mengikut keterangan para Ulama bahawa tanah-tanah itu adalah seperti berikut:
 1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
 2. Tanah Bukit Tursina
 3. Tanah Iraq
 4. Tanah Aden
 5. Telaga Al-Kautsar
 6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
 7. Tanah Paris
 8. Tanah Khurisan
 9. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah Syurga Firdaus
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas:
* Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia dan di situlah tempat akal.
* Telinganya dari tanah Bukit Tursina, kerana ia alat pendengar tempat penerima nasihat.

* Dahinya dari Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
* Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
* Mata dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat untuk menarik perhatian.
* Giginya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat untuk memanis-manis.
* Tangan kanannya dari tanah ka'abah, untuk mencari nafkah dan kerja-kerja sesama manusia.
* Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
* Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus.
* Kemaluannya dari tanah Babylon. Di situ tempat sex (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
* Tulang dari tanah Bukit Tursina, alat peneguh tubuh badan.
* Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan berjalan.
* Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
* Lidahnya, dari tanah Tha'if tempat mengucap kalimat syahadat, bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.

P/S:  Dicipta manusia ini untuk tunduk dan sujud pada Penciptanya tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Sebahagian manusia lupa siapa dirinya dan untuk apa dia dicipta. semoga kita terhindar dari golongan begini dan kenal serta  pasti kemana halatuju kita sebenarnya. Insafilah asal kewujudan kita. syukurilah nikmat yang sentiasa melimpah ruah untuk kita.