Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan paling mulia, bulan ramadhan kepada semua pembaca blog ini. moga segala amalan yang akan dilakukan mendapat balasan setimpal dari yang Maha Kuasa.Amin...
(Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui).
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau
Friday, August 21, 2009
Wednesday, August 19, 2009
USTAZ ASRI , KEHILANGAN YANG TIADA GALANG GANTINYA
Petikan kata-kata diatas aku ambil dari blog arwah ustaz Asri. Memang sangat jelas bahawa apa yang dicarinya selama ini adalah syurga akhirat dan jelas terserlah dengan apa yang telah Arwah lakukan sepanjang hayatnya. Hayatnya tidak panjang tetapi apa yang dilakukannya sebelum ini pasti sedikit sebanyak meninggalkan kesan dan akibat yang berpanjangan bukan sahaja terhadap Arwah dan keluarganya tetapi terhadap kita semua yang mengenalinya samada secara langsung atau tidak. Orang sebeginilah yang perlu kita angkat martabatnya kerana perjuangannya bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi secara tidak langsung apa yang dibawanya mampu melorongkankan yang lain agar kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenarnya. Semoga apa yang Arwah impikan selama ini dimakbulkan oleh Allah kerana hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Aku tidak pernah menitiskan air mata selama ini atas kehilangan insan yang sedikitpun aku tidak pernah kenal tetapi pemergian Arwah Asri memang sangat memberi kesan kepada aku dan pertama kalinya air mata gugur ketika mendengar kembali ajakan-ajakan Ustaz melalui lagu-lagunya yang sememangnya mempunyai maksud yang mendalam. Bagiku pemergiannya tiada pengganti. Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang berimah dan Syurgalah tempatnya seperti yang diidamkan oleh semua yang mengakui akan adanya Syurga Akhirat itu.
Kehadiran Ramadhan dan seterusnya Syawal nanti lebih mengesankan hati tatkala mendengar kembali lagu-lagu ustaz kerana sejak tahun-tahun kebelakangan ini, aku banyak memainkan lagu-lagu ramadhan dan syawal dendangan ustaz. Aku tak mau bercerita panjang lebar lagi kerana dah tak tertahan air mata nak mengalir. Akhirnya, aku doakan agar Roh Arwah sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah. Al-Fatihah......
SIBUK / BUSY
Agak lama aku tak menulis di sini. bukan kerana melupakan blog kesayangan ini tetapi dalam tempoh sebulan ini, banyak sangat perkara yang diluar kawalan datang.Baru sekarang ada kelapangan untuk kembali aktif menulis di sini. Apa yang pasti, dalam tempoh sebulan ni aku sangat2 sibuk. Aku akan bercerita satu demi satu perkara yang menyebabkan kesibukan melampau dalam hidup aku ni dalam post-post seterusnya. Tetapi sebagai pemulanya, aku ringkaskan dahulu sebelum aku bercerita secara lanjut dalam post akan datang. Antaranya adalah :
1) Menghadiri bengkel teguran audit dalam di hotel grand continental Langkawi
2) Menjadi peserta dalam konvensyen KMK peringkat sektor awam negeri Johor di Pulai Springs Resort, Johor
3) Menyertai karnival sukan (badminton) antara seksyen peringkat Jabatan di kluang, johor
4) Menerima kehadiran bos baru di pejabat
5) Menghadiri taklimat espkb di kuala lumpur
6) Lawatan teknikal ke kilang Goucera di Kluang ( sempena lawatan kerja rakan sejabatan dari
Johor Baharu)
Memang sangat padat. tetapi sebelum aku pergi kepada aktiviti-aktiviti tersebut, aku nak bercerita dahulu berkaitan kehilangan seseorang yang sangat-sangat mengesankan hatiku. Aku sangat terkesan dengan kehilangan arwah. walaupun arwah tidak pernah kenal aku(pernah jumpa di Shah Alam), tetapi kehilangannya sangat terasa kerana aku membesar dengan lagu-lagunya, dakwah-dakwahnya, suaranya yang menggetarkan bisa meruntun hati sesiapa sahaja. lebih-lebih lagi, aku sangat rindu kepada alunan kalimah-kalimah Allah yang keluar dari mulutnya. Siapa lagi kalau bukan Allahyarham Asri (kumpulan Rabbani). Sayu hati mengenangkannya...
Saturday, July 4, 2009
WELCOME
Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada 2 orang staf baru aku yang baru sahaja melaporkan pada hari khamis yang lalu (2 Julai 2009). Selamat datang dan selamat menempuh alam kerja yang baru kepada en fadzri mohd najib dan en saiful suliman. Betul-betul fresh workers. berat skit la aku nak training diorang ni tapi asalkan ada keinginan utk belajar, semua benda jadi mudah.
p/s : Pesanan aku, aku tidak marah kalau korang tidak tahu buat kerja tetapi aku sangat marah kalau korang malas nak buat kerja.
LAGU PILIHAN MINGGU INI
Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta
p/s: Kebetulan aku baru sahaja habiskan membaca novel cerita ini. Boleh lah dikatakan sebagai satu lagi novel pembangun jiwa yang sangat memotivasikan diri selepas dibaca. Novel kelima yang membuat aku melekat untuk membacanya sehingga ke mukasurat terakhir selepas novel ayat-ayat cinta dan tiga novel trilogi makrifat cinta ( Syahadat cinta, Musafir cinta dan Makrifat cinta).Pelbagai tafsiran cinta boleh dibuat tetapi pada akhirnya Cinta teragung hanyalah untuk yang kekal abadi (Cinta kepada Allah).
2 HARI DI HUJUNG MINGGU
Penatnya.Baru je balik dari driving range di taman kluang barat. Temankan membe.sambil2 itu boleh juga menyihatkan badan.x perlu nak berjogging atau daki gunung utk weekend ni. Bila sampai hujung minggu ni, banyak betul xtvt yang ingin dibuat.Rutin hujung minggu yang perlu dibuat utk org bujang mcm aku semestinya membasuh baju & kereta. Settle semua baru leh kemas apa yang patut di kawasan luar dan dalam rumah. then tengah hari ni ada plan ke kluang mall utk melihat buku-buku terkini yang boleh menambah lagi ilmu. Biasanya aku habiskan hampir 2 jam di kedai buku tersebut. Aku jarang bawa teman utk ke kedai buku. tak mahu konsentrasi terganggu. Settle di kedai buku baru boleh availablekan diri utk join membe2 lunch. Harini x tau port mana yang ingin dijelajahi. Petang ini rancang balik ke kampung & bermalam d sana. Mak dah call bagitau ramai nak balik kampung minggu ni. Maklumlah, musim buah esp durian. Esok lak nak ke carrefour utk tunaikan permintaan anak buah di pejabat. Sebelah petangnya bertolak balik ke kluang utk ke majlis perkahwinan anak member sepejabat. Penuh xtvt 2 hari di hujung minggu ini. Yang penting aku seronok dengan xtvt ini dan lebih penting mereka yang berada di sekelilingku gembira.
p/s : Hidup ini sangat singkat perjalananya. Jadi selain dari memperbanyakkan amal ibadat sebagai bekal di sana kelak, lapangkanlah juga kehidupan anda dengan xtvt bermanfat dan berfaedah yang lain agar agar tiada penyesalan ketika semua daya upaya kita telah tiada.
p/s : Hidup ini sangat singkat perjalananya. Jadi selain dari memperbanyakkan amal ibadat sebagai bekal di sana kelak, lapangkanlah juga kehidupan anda dengan xtvt bermanfat dan berfaedah yang lain agar agar tiada penyesalan ketika semua daya upaya kita telah tiada.
Saturday, June 27, 2009
AKU CINTA ALLAH
Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai
Yang Kau cintai
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah
P/S: Dalam apa jua situasi dan keadaan, ingatan kita hendaklah tetap dan kepada Allah. Moga kecintaan kita kepada Allah melebihi kecintaan kepada yang selainNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)